Gajah Hamil, Mati Setelah Makan Nenas Berisi Mercun

Trending

Gajah Hamil, Mati Setelah Makan Nenas Berisi Mercun

Baru-baru ini tular mengenai seekor gajah hamil di daerah Malappuram, Kerala wilayah selatan India yang mati setelah ia dipercayai diberi makan nenas yang disumbat penuh dengan mercun.

Gajah itu dikatakan sesar dari Taman Negara Silent Valley ke kawasan kediaman penduduk di situ. Ia yang kelaparan sedang mencari makanan apabila segelintir penduduk di situ bertindak memberi mamalia tersebut sebiji nenas berisi mercun. Mercun itu teah meletup di dalam mulut gajah tersebut lantas menyebabkan kecederaan parah di bahagian bawah rahangnya.

Advertisement

Samuel V. Pachou, Ketua Pemulihara Hutan di Taman Negara Silent Valley mengatakan, setelah mengalami kecederaan, gajah itu hanya berdiri di dalam sebatang sungai bagi meredakan kesakitannya sehingga ia tumbang ketika para penyelamat berusaha menariknya keluar dari sungai tersebut.

“Mereka terlihat bahagian bawah rahangnya terdedah dan haiwan itu tidak mampu untuk makan, ia hanya berdiri tegak. Agak lama kemudian, gajah itu terbaring.”  

Gambar hiasan

Memandangkan banyak hutan ditebang bagi menampung jumlah penduduk meningkat yang memerlukan lebih banyak tanah untuk membina rumah dan ladang, populasi gajah yang tinggal di India kehilangan habitat mereka. Ini menimbulkan masalah bagi para pegawai luar bandar dan aktivis hidupan liar. Kebanyakan gajah di India hidup di hutan-hutan simpanan di 14 negeri dari utara ke selatan negara.

Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh dunia.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...