June 18th, 2019

Bila berbicara tentang status sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat, sehingga hari ini ia masih menjadi tanda-tanya meskipun pihak JAKIM sudan pun menjalankan siasatan sebelum ini.

Terbaru, sekali lagi kontroversi berkaitan jantina Sajat menjadi topik hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof, mendakwa telah dianiaya oleh Sajat ekoran kegagalannya membantu usahawan itu menukar jantina “lelaki” kepada “perempuan” pada kad pengenalannya menerusi urusan bersama di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM).

Yusmiliati mengakui pada awalnya dia menawarkan diri bagi membantu Sajat  atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk mengubah status jantina asal pada kad pengenalannya. Menurutnya, dia menawarkan perkhidmatan itu dengan sejumlah bayaran.

Namun, masalah dan konflik mula timbul apabila pembantu peribadi Sajat, iaitu Ashaari Bin Maznan telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina “lelaki” kepada “perempuan”

Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan Sajat seorang khunsa.

Saya bukan bersubahat memalsukan dokumen pertukaran jantina Sajat, sebaliknya sekadar membantu menguruskan proses tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM). Saya membantu menguruskan dokumen bagi menukar maklumat jantina dalam kad pengenalan asalnya mengikut syarat yang dinyatakan JPN.

Bagaimanapun, Sajat gagal menyediakan dokumen rasmi perubatan yang mengatakan dirinya khunsa, ia menyebabkan permohonan tersebut ditolak. Gara-gara itu, Sajat dikatakan tidak berpuas hati dan menuduh Yusmiliati menipu duit bayaran bagi proses berkenaan.

Dakwa dirinya dianiaya, Yusmiliati menuntut Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial dalam masa 48 jam berhubung tuduhan palsu melibatkan isu pertukaran jantina itu.

Menurut wanita itu lagi, tujuan Sajat mahu menukar jantinya kerana dia ingin berkahwin.

Sumber Berita : mStar Online


44 responses to “Gagal Tukar Jantina Di Kad Pengenalan, Wanita Ini Dakwa Dianiaya Nur Sajat”

  1. Sukati says:

    Tetiba plak c @kelantit nie nk angin meroyan..dh npe..hnye nk pertahankan pemahaman ko ttg statement drng tue..pusing r ayt tue cmner pn..ttp jtuh pda subahat gak..

  2. alfie says:

    Zaman Najib boleh lah merasuah utk tukar macam macam. Perempuan ni mesti ada kaki dlm JPN yang boleh buat mcm ni. Perbuatan dia yang nak buat ni adalah MUSTAHIL kecuali merasuah orang utk melakukan nya. Silap silap hari bulan perempuan ni yang terjerat!

  3. nak tau jer says:

    kak oiiii..tu bersubahat jugak nama nye tu kak oiiii…kak..kau pun ade saham jugak sekiranya perkara yang disebut tu terjadi..jgn main2 kak oiii…sebelum kau submit docs ke JP tak kan tak de check list documents apa yang JP nk kak oiii…dah dia tak bagi surat pengesahan samada dia kunsa @ tak..tak kan kau tak boleh fikir kak oii..duit punya pasal kan kak…tak pe la kak ko pun dah kene game ngan si bang jat..dua2 pun sama..kesian…
    Ashaari bin Maznan tu coach yin ke @ fundan2 yang dok goyang2 tetek kat insta bang jat tu.

    • Sukati says:

      Kan….tpi da gak yg ckp kak tue xslh…ke sbb owg tue xfhm bhs Melayu..sibuk ckp owg bebal..dri sndri yg bebal xsedar..dh sah2 subahat..kalo permohonan dy diluluskan..t mati igt lps ke dri soklan per yg dy wat tuk saja kt dunia nie..

  4. bong cit says:

    hahah…jantan tetap jantan…ko tukar la cmna pun…so dgn ini ternyata sajat JANTAN bkn khunsa…duit punya pasal mak ko pun subahat beria la backup ko pompuan smpi nak cili kan mulut org…

  5. Minyak swift Sesudu sehari says:

    Ler takyah tukar jantina pon elok je bakal PM menjubo ni jat. Ko pulak sibuk nak operate

Loading...