Gagal Tukar Jantina Di Kad Pengenalan, Wanita Ini Dakwa Dianiaya Nur Sajat

Hiburan

Gagal Tukar Jantina Di Kad Pengenalan, Wanita Ini Dakwa Dianiaya Nur Sajat

Bila berbicara tentang status sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat, sehingga hari ini ia masih menjadi tanda-tanya meskipun pihak JAKIM sudan pun menjalankan siasatan sebelum ini.

Advertisement

Terbaru, sekali lagi kontroversi berkaitan jantina Sajat menjadi topik hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof, mendakwa telah dianiaya oleh Sajat ekoran kegagalannya membantu usahawan itu menukar jantina “lelaki” kepada “perempuan” pada kad pengenalannya menerusi urusan bersama di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM).

Yusmiliati mengakui pada awalnya dia menawarkan diri bagi membantu Sajat  atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk mengubah status jantina asal pada kad pengenalannya. Menurutnya, dia menawarkan perkhidmatan itu dengan sejumlah bayaran.

Namun, masalah dan konflik mula timbul apabila pembantu peribadi Sajat, iaitu Ashaari Bin Maznan telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina “lelaki” kepada “perempuan”

Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan Sajat seorang khunsa.

Saya bukan bersubahat memalsukan dokumen pertukaran jantina Sajat, sebaliknya sekadar membantu menguruskan proses tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM). Saya membantu menguruskan dokumen bagi menukar maklumat jantina dalam kad pengenalan asalnya mengikut syarat yang dinyatakan JPN.

Bagaimanapun, Sajat gagal menyediakan dokumen rasmi perubatan yang mengatakan dirinya khunsa, ia menyebabkan permohonan tersebut ditolak. Gara-gara itu, Sajat dikatakan tidak berpuas hati dan menuduh Yusmiliati menipu duit bayaran bagi proses berkenaan.

Dakwa dirinya dianiaya, Yusmiliati menuntut Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial dalam masa 48 jam berhubung tuduhan palsu melibatkan isu pertukaran jantina itu.

Menurut wanita itu lagi, tujuan Sajat mahu menukar jantinya kerana dia ingin berkahwin.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...