January 29th, 2014

Sudah 6 tahun berturut-turut Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan nama FBI merangkul trofi Penyampai Radio Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Malah FBI juga sering memberi saingat sengit untuk kategori Pengacara TV Lelaki Popular. Jadi apabila namanya tidak tercalon dalam kedua-dua kategori tersebut untuk ABPBH2013, ramai yang tertanya-tanya adakah populariti FBI sudah jatuh merudum?

fbi top 5 abpbh

Kemungkinan besar tindakannya untuk berhenti daripada HotFM tahun lalu menyumbang kepada perkara ini. Namun begitu, FBI tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya malah mengakui kerjayanya kurang menyerlah sepanjang tahun 2013. Kata FBI kepada Berita Harian:-

Lazimnya kejayaan seseorang artis menduduki senarai Top 5 disebabkan populariti semasa. Jika dalam tempoh pengundian dijalankan, kerjaya artis itu menyerlah, maka dialah yang layak untuk bergelar finalis.

Macam saya sendiri, saya akui kurang menyerlah dalam kerjaya sepanjang tahun lalu. Program kendalian saya juga tidak banyak. Program Apa Saja FBI pun baru saja disiarkan.

Kalau kita lihat nama yang tersenarai dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular tahu ini, mereka memang menjadi sebutan ramai, contohnya Zizan dan nik Michael. Tetapi tidak mengapa, saya sudah melalui situasi itu dan pernah menang 6 tahun berturut-turut sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular. Cuma bagi kategori pengacara saja belum pernah menang.

fbi

Nampak gayanya tahun ini memang persaingan sengit akan berlaku di dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular. Sebagai makluman, mereka yang tercalon ialah AG, Johan, Kieran, Ray dan Halim Othman. Sekali pandang, nampak macam Johan bakal membawa pulang trofi ini. Sama-samalah kita nantikan malam kemuncak ABPBH2013 yang akan berlangsung 6 April 2014 kelak.


Comments are closed.

Loading...