Pelakon dan pengacara Elly Mazlein dilihat gagal menahan sebak ketika menatap wajah adik Alisa Umairah untuk kali terakhir setelah si kecil itu menghembuskan nafas terakhir pada malam Rabu.
Menerusi satu hantaran di IG Era.je, kelihatan Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sedang mencium wajah adik Alisa yang selesai dikafankan.
Wajah arwah adik Alisa cantik, adik Alisa dah sihat dan berlari kat taman syurga. Berehat ya adik Alisa, kami rakyat Malaysia sentiasa doakan awak! Mama Lina sayang awak.
Terdahulu, adik Alisa atau nama penuhnya Alisa Umairah Nur Hisham dilaporkan bebas dari kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh kitaran kimoterapi namun dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebelum meninggal dunia.
Bapa Alisa, Nur Hisham memaklumkan anaknya itu menghidap kanser mata ketika berusia setahun dan gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.