Nampaknya usaha penyanyi rap terkenal, Kanye West untuk merujuk Kim Kardashian kembali menjadi isterinya gagal apabila wanita itu telah menjauhkan diri daripadanya.
Kanye mengakui terkejut selepas Kim telah memfailkan permohonan untuk menjadi bujang secara sah meskipun Kim kini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan pelawak Pete Davidson.
Terdahulu, Kim ada memohon penceraian dengan Kanye West pada Februari lalu dengan alasan sudah tidak sependapat dengan suaminya itu.
Susulan daripada kejadian itu, Kim ke mahkamah untuk mendapatkan status bujang secara sah dan mengugurkan ‘West’ daripada nama keluarganya pada hari Jumaat lalu.
Malah, wanita yang terkenal dengan rancangan realiti kehidupan Keeping Up With The Kardashian itu juga telah memohon hak penjagaan sah dan fizikal ke atas anak-anaknya iaitu North, Saint, Chicago dan juga Psalm.
Kim dikatakan membuat keputusan itu beberapa jam selepas Kanye merayu untuk kembali bersamanya semasa konsert Free Larry Hover pada malam Khamis.
Menurut spekulasi peminat, Kim bertindak demikian sebagai hukuman dan ‘bayaran’ akibat kebodohan yang Kanye lakukan semasa merekamasih bergelar suami isteri, seperti yang dilaporkan tabloid Geo.TV.