Gagal Patuh SOP, 611 Ditahan

COVID-19

Gagal Patuh SOP, 611 Ditahan

Terbaru di Kuala Lumpur, seramai 611 individu ditahan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) menerusi operasi pematuhan di seluruh negara, semalam.

Hal ini telah dijelaskan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang memaklumkan seramai 601 individu telah dikompaun manakala 10 lagi telah direman merangkumi keseluruhan tangkapan.

Advertisement

“Antara kesalahan direkodkan, tidak memakai pelitup muka (145), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (109), tiada penjarakan fizikal (107) dan gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (87).

“Kesalahan lain ialah premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (50), keluar rumah tanpa alasan munasabah (31) dan lain-lain kesalahan (82),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan Ismail Sabri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 67,500 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP, semalam.

“Sebanyak 5,661 restoran; pasar raya (3,901); bank (3,689); penjaja (2,207); kilang (1,478) dan pejabat kerajaan (777) di seluruh negara dipantau.

“Turut dipantau ialah 1,098 terminal pengangkutan darat, 237 terminal pengangkutan air dan 78 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Manakala, pendatang tanpa izin (PATI) susulan Operasi Benteng (Op Benteng) juga turut ditahan sementara tiga kenderaan darat dirampas.

“Menerusi operasi itu juga, pihak berkuasa mengesan 92 bot dan kapal asing di perairan negara melalui tiga aktiviti penglihatan.

“Selain itu, 536 sekatan jalan raya turut dilaksanakan di seluruh negara,” katanya.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...