Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gagal Mara Ke Minggu Seterusnya GV7, Rozita Izlyn Tidak Terasa Hati Persembahan Dikritik,-” Terlalu Banyak Vibrato Bukan Punca Utama Tersingkir..”

Menganggap tiada rezeki untuk mara ke minggu seterusnya dalam program Gegar Vaganza musim ke-7, Rozita Izlyn berkata cara nyanyiannya pada malam itu bukanlah penyebab utama punca penyingkirannya.

Menurut Rozita, teknik getaran suara atau ‘vibrato’ itu boleh diibaratkan sebagai hasil solekan di mana ianya terlalu subjektif untuk dinilai.

Advertisement

Namun begitu, dia sama sekali tidak bersedih atau kecewa tapi sedikit terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan peminat untuk melihat dirinya mara ke pusingan seterusnya.

Malah, difahamkan pada malam itu Rozita turut mengalami masalah kesihatan dan hanya menganggap perjuangannya pada malam itu sudah pun berakhir.

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Izlyn (@rozitaizlyn_)

“Tipu kalau kata tak sedihm cumanya saya lebih terkilan kerana tak dapat nak memenuhi impian peminat. Keadaan kesihatan juga tak baik dan saya anggap memang tak ada rezeki. Sebenarnya komen juri berkenaan vibrato itu sangat subjektif. Jadi bagi saya, itu bukan faktor utama sehingga ia boleh menjadi penyebab saya tersingkir. Vibrato ini macam pakai makeup, ada yang suka pakai tebal ada yang suka pakai nipis saja.”

Advertisement

Pada malam itu, Rozita telah menyanyikan lagu Mengapa Sukar Melafazkan duet bersama Ezad Lazim dan telah menerima markah terendah iaitu 57.4 peratus yang menjadi punca dirinya tersingkir pada malam Ahad lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Izlyn (@rozitaizlyn_)

Mengakhiri bicara, Rozita berkata dia sama sekali tidak berasa hati apabila mendapat kritikan negatif dalam setiap persembahan kerana ia adalah lumrah jika memasuki mana-mana pertandingan.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama