Gagal Langsai Hutang, Wanita Berang Robohkan Rumah Bekas Suami Dan Isteri Baharu

Trending

Gagal Langsai Hutang, Wanita Berang Robohkan Rumah Bekas Suami Dan Isteri Baharu

Baru-baru ini di negara medan, perceraian antara sepasang suami isteri di Indonesia gagal menjadi jalan penyele­saian malah menimbulkan persengketaan antara mereka semakin buruk apabila kedua-duanya berbalah tentang harta sepencarian.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Kusnan, 50, dikatakan tidak mampu membayar harta sepencarian berjumlah 30 juta rupiah (RM8,569) seperti dituntut bekas isterinya.

Akibat berang, wanita itu mengupah beberapa lelaki untuk merobohkan rumah bekas suaminya yang terletak di mukim Trowulan dalam wilayah Jawa Timur baru-baru ini, lapor portal beritaSuara.com.

Advertisement

Rumah yang dirobohkan pada Ahad lalu itu didiami oleh Kusnan bersama isteri baharu dan dua anaknya.

Kusnan berkata, rumahnya dirobohkan atas persetujuan bersama dengan bekas isterinya sebagai syarat jika dia gagal melunaskan bayaran harta sepencarian tersebut.

Kusnan terpaksa bersetuju rumah itu dirobohkan kerana tidak mampu membayar jumlah yang diminta bekas isterinya.

Sumber : Kosmo (rumah roboh)

“Saya dipanggil ke dewan perbincangan kampung bagi membincangkan tuntutan bekas isteri.

“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dan bekas isteri kemudian meminta rumah itu dirobohkan sahaja,” katanya.

Tambah Kusnan, rumah tersebut sudah diwariskan kepada anak sulung hasil perkahwinan dengan bekas isterinya dan dia kesal kerana kediaman tersebut telah dirobohkan.

Lebih menyedihkan, dia dan isteri baharunya terpaksa membina pondok kecil di sebelah tapak rumahnya yang roboh sebagai tempat tinggal.

“Saya tidur di pondok itu bersama isteri dan ia sangat sempit,” kata Kusnan.

Macamtu pun ada ya. Semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar buat kita semua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...