Gagal Gugurkan Kes, Shah Jaszle Dibicara 8 April Ini

Hiburan

Gagal Gugurkan Kes, Shah Jaszle Dibicara 8 April Ini

Abang Nara suka dengan semangat dan fikiran positif Shah Jaszle walaupun rayuannya untuk mengugurkan kes khalwat telah ditolak. Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Semalam, Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah menolak rayuan yang dikemukakan tertuduh menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 kepada Ketua Pendakwa Syarie mahkamah tersebut.

shah jaszle bicara

Advertisement

Susulan itu, kes ini akan dibicarakan pada 8 April 2014 di mana pihak pendakwa akan mengemukakan 9 orang saksi. Sebelum ini, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 manakalah Farah, wanita yang dituduh  berkhalwat dengannya mengaku bersalah.. Apa pun, Shah Jaszle tampak sudah bersedia dan tidak gentar dengan perbicaraan yang bakal berlangsung.

Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini

shah jaszle

Semoga semuanya berjalan lancar buat Shah Jaszle. Bincang dengan teliti sebelum naik ke mahkamah kelak. Kebenaran akan terbukti jua. Jangan takut jangan gentar jika anda berada di pihak yang benar. Info asal Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...