Seorang lelaki bertindak nekad membunuh majikannya selepas berlaku pertikaian berkaitan tuntutan pampasan kecederaan kerja.
Memetik laporan Sinar Harian, insiden tragis itu berlaku di bandar Jingdezhen, wilayah Jiangxi, China.
Suspek, Ma, 52 tahun, sebelum ini mengalami kecederaan pada bahagian kaki semasa bekerja sehingga memerlukan pembedahan dan menyebabkan dia tidak lagi mampu menjalankan tugas seperti biasa.

gambar hiasan
Pada peringkat awal, Ma menuntut pampasan sebanyak 500,000 yuan (RM293,000) daripada majikannya, seorang wanita dikenali sebagai Shao. Namun, Shao hanya bersetuju membayar 30,000 yuan (RM17,580).
Kes tersebut akhirnya dibawa ke mahkamah, dan keputusan berpihak kepada Ma, di mana Shao diarahkan membayar pampasan sebanyak 140,000 yuan (RM82,040).
Tidak berpuas hati, Shao cuba mengemukakan rayuan, namun ia telah ditolak oleh hakim.
Menurut laporan media tempatan, Shao memberi alasan bahawa dia tidak mampu membayar pampasan tersebut dan hanya mempunyai ‘nyawanya’ untuk diberikan.
Berang dengan kenyataan itu, Ma dikatakan menyerbu kediaman wanita berkenaan dan membunuhnya di situ juga.

gambar hiasan
Lebih mengejutkan, Ma tidak cuba melarikan diri dan kekal di tempat kejadian sehingga pihak berkuasa tiba.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.