Written by Bella | September 8th, 2015

Meskipun sudah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail pada hujung minggu lalu, ada lagi pihak yang masih menjaja cerita tidak elok mengenai Raja Farah yang membuat keputusan untuk bernikah sekali lagi hanya selepas beberapa bulan bercerai.

Ada yang mengatakan, punca beliau bercerai sebelum ini kerana Raja Farah bukanlah seorang isteri yang baik selain gagal melahirkan zuriat.

Walaubagaimanapun, jelas Raja Farah orang ramai tidak mengetahui kisah sebenar disebalik perpisahan tersebut dan tidak bermakna beliau tidak cukup baik kerana gagal dalam perkahwinan pertamanya. Buat beliau, segala yang berlaku adalah ketentuan takdir dan sudah tertulis bahawa jodoh beliau kali ini datang dengan cepat.

Kegagalan perkahwinan pertama tak bererti saya tak cukup baik, sekali gus tak berhak mengecapi kebahagiaan baharu dan mendatang. Saya berusaha menjadi lebih baik. Insya-Allah. Ini sudah jodoh. Cepat atau lambat, semua sudah tertulis. Saya terima suratan ini dengan hati terbuka. Banyak kualiti diri yang ada pada suami buat saya yakin untuk mendirikan rumah tangga sekali gus membimbing diri ini jadi isteri baik dan solehah.

Dia juga jenis yang kuat bekerja dan buat saya yakin menerimanya. Saya rasa selamat di sisinya. Dia tebal dengan sikap melindungi. Sikap putus asa tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Tak kira apa skeptikal orang yang mungkin wujud, dia akan menyokong saya dari belakang. Berada dalam dunia seni dan mencari orang yang benar-benar memahami sebenarnya sukar. Tetapi kesukaran itu tidak ada padanya.

Sikapnya juga sangat penyayang cuma sisi romantik setakat ini belum saya lihat. Saya yakin dia boleh bahagiakan saya. Insya-Allah.

Jodoh itu terletak di tangan Allah SWT, sebagai manusia kita tidak harus tolak jika sudah bertemu dengan insan yang betul-betul memahami luar dan dalam diri kita. Tak perlulah kita ungkit lagi kisah silam Raja Farah dan sama-sama doakan agar perkahwinan beliau kali ini menjadi yang terakhir buatnya . Lagipun, tentu ada manisnya bila bercinta selepas nikah bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

10 responses to Gagal Dalam Perkahwinan Pertama Tak Bererti Saya Tak Cukup Baik – Raja Farah

  1. Joyah Pok Pek says:

    Bahagia adalah milik kita dan pemberian dari Allah..yang penting dri hari ke hari sentiasa berusaha memperbaiki diri

    0

    0
  2. Anonymous says:

    tahniah farah & suami.
    mana nasihat yg membawa kebaikan farah amik lah,mana yg sebaliknya abaikan je.
    manusia mana ada yg sempurna,dr ketidaksempurnaan tu la kite saling melengkapi.
    Yg baik dari Allah,yg buruk dari kita hamba-Nya.
    Yg melalui semua ni Farah sendiri,hanya dia yg tau ape yg terjadi.
    Sama kite doakan kekal hingga jannah,dikurniakan zuriat yg soleh solehah.
    amin

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Jaga solat farah. InsyaAllah.

    0

    0
  4. zaza says:

    bkn tk ckup baik.cuma masing2 menyimpan prasangka buruk. akibat lama berjauhan.dlm perkhwnn msg2 kene saling mempercayai. baru kekal lama.

    0

    0
  5. think says:

    Tak semua org tahu apa yg kita tahu.
    Org luar kenal kita 1%
    Keluarga kenal kita 99%
    Allah kenal kita 100%

    0

    0
  6. alia says:

    alhamdulillah farah dah diketemukan jodoh yang baik.eloklah tak lama menjanda. kalau menjanda lama2 pun nanti mcm2 fitnah yang dtg…..dugaan lbh hebat lagi. perkahwinan ke 2 tak bermakna tak dpt kebahagian,sebenrnya perkahwinan kali ke 2 lbh baik drp yg pertama .may be perkahwinan pertama farah belum cukup matang…perkahwinan ke 2 akan buat farah akan memperbaiki kelemahan farah sebagai seorang isteri. saya doakan farah bahagia hingga ke jannah …..tempuhi lah onak dan duri dgn tenang , kena byk memahami dan bertolak ansur .

    0

    0
  7. 5roses says:

    doakan yang baik-baik aje….semoga diberkati Allah

    0

    0
  8. Anonymous says:

    “dia juga jenis kuat bekerja dan buat saya yakin menerimanya”…sesuatu sgt ayat tu. ex dulu tak keje eh?

    0

    0
    • mcm taw2 je says:

      hahahhahahah…blh teka kan..mmg tak keje….ddk plak kat pulau nun sana…lama tak jmpa…mcm mana dan kekal lama….alhamdulilah skrg farah jmpa yg lebih baik!!!! moga till jannah farah n husband

      0

      0
  9. huhu says:

    semua org berhak bahagia..farah pun muda lagi..rumahtangga mmg byk ups and down..yang kuat dan sabar saja mampu terus teguh bertahan..moga kalian sentiasa ada utk satu sama lain..dan dilindungi Allah.

    0

    0