Gagal Dalam Perkahwinan Pertama Tak Bererti Saya Tak Cukup Baik – Raja Farah

Hiburan

Gagal Dalam Perkahwinan Pertama Tak Bererti Saya Tak Cukup Baik – Raja Farah

Meskipun sudah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail pada hujung minggu lalu, ada lagi pihak yang masih menjaja cerita tidak elok mengenai Raja Farah yang membuat keputusan untuk bernikah sekali lagi hanya selepas beberapa bulan bercerai.

Advertisement

Ada yang mengatakan, punca beliau bercerai sebelum ini kerana Raja Farah bukanlah seorang isteri yang baik selain gagal melahirkan zuriat.

Walaubagaimanapun, jelas Raja Farah orang ramai tidak mengetahui kisah sebenar disebalik perpisahan tersebut dan tidak bermakna beliau tidak cukup baik kerana gagal dalam perkahwinan pertamanya. Buat beliau, segala yang berlaku adalah ketentuan takdir dan sudah tertulis bahawa jodoh beliau kali ini datang dengan cepat.

Kegagalan perkahwinan pertama tak bererti saya tak cukup baik, sekali gus tak berhak mengecapi kebahagiaan baharu dan mendatang. Saya berusaha menjadi lebih baik. Insya-Allah. Ini sudah jodoh. Cepat atau lambat, semua sudah tertulis. Saya terima suratan ini dengan hati terbuka. Banyak kualiti diri yang ada pada suami buat saya yakin untuk mendirikan rumah tangga sekali gus membimbing diri ini jadi isteri baik dan solehah.

Dia juga jenis yang kuat bekerja dan buat saya yakin menerimanya. Saya rasa selamat di sisinya. Dia tebal dengan sikap melindungi. Sikap putus asa tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Tak kira apa skeptikal orang yang mungkin wujud, dia akan menyokong saya dari belakang. Berada dalam dunia seni dan mencari orang yang benar-benar memahami sebenarnya sukar. Tetapi kesukaran itu tidak ada padanya.

Sikapnya juga sangat penyayang cuma sisi romantik setakat ini belum saya lihat. Saya yakin dia boleh bahagiakan saya. Insya-Allah.

Jodoh itu terletak di tangan Allah SWT, sebagai manusia kita tidak harus tolak jika sudah bertemu dengan insan yang betul-betul memahami luar dan dalam diri kita. Tak perlulah kita ungkit lagi kisah silam Raja Farah dan sama-sama doakan agar perkahwinan beliau kali ini menjadi yang terakhir buatnya . Lagipun, tentu ada manisnya bila bercinta selepas nikah bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...