Difahamkan dari laporan Astro Awani , berlaku penurunan jualan kereta elektrik popular iaitu Tesla untuk tahun 2024, sekaligus gagal mencapai sasaran syarikat yang telah ditetapkan.
Berlaku penurunan penjualan
Penurunan jualan Tesla ini berlaku susulan berlakunya persaingan dengan sektor jualan kereta elektrik di seluruh dunia, terutama di negara China.
Untuk suku keempat tahun lalu, syarikat kereta yang berpangkal di Austria, Texas ini dapat menjual sebanyak 495,570 buah modal dan secara keseluruhan, Tesla hanya menjual lebih kurang 1.8 juta kenderaan untuk tahun 2024.
Menurut laporan, jumlah tersebut berkurang sebanyak 1 peratus jika hendak dibandingkan dengan penjualan pada tahun 2023.
Banyak persaingan
Dalam pada itu, saham Tesla turut menurun secara mendadak selepas jenama kereta elektrik seperti BYD dan syarikat automotif legasi dikeluarkan, di mana ia menjadi punca pengeluaran Cybertruck perlahan.
Angka jualan tahun 2024 ini sekaligus menutup tahun yang bercampur baur untuk Tesla, lebih-lebih lagi Elon Musk terlibat sepenuhnya dalam politik AS.