Bekas pengurus kepada Zizan Razak iaitu Marina Juki yang sebelum ini berhasrat untuk membekukan akaun syarikat Wire Frame Entertainment Sdn Bhd telah gagal dan Hakim Datuk John Louis O’ Hara telah mengarahkan pengurus tersebut membayar kos sebanyak RM 20,000.
Kos mahkamah tersebut hendaklah dibayar kepada Maybank Islamic Berhad berjumahlah RM 10,000 dan RM 10,000 lagi kepada Zizan Razak selaku defendan kedua.
Keputusan itu dibuat apabila Marina Juki selaku plaintif telah gagal mengemukakan bukti di atas penderitaan yang ditanggung selepas pembekuan berkenaan.
Sebelum itu, mahkahmah membenarkan permohonan Zizan untuk membatalkan saman bekas pengurus pelawak itu berhubung pembekuan akaun syarikat berkenaan selepas pihak plaintif gagal untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Maybank Islamic seperti mana diperuntukkan mengikut Seksyen 181 A (1) Akta Syarikat 1965.
Marina Juki telah memfailkan saman terhadap Zizan Razak, Wire Fame Entertainment dan Maybank Islamic Bhd. pada tanggal 30 September 2014 sebagai defendan ketiga.
Pada awal Januari 2015, Zizan Razak telah meluahkan rasa kecewa beliau kerana Marina Juki telah memperolehi perintah injuksi di mana beliau telah menghalang pelawat tersebut untuk menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana stesen televisyen dan tajaan sehingga kes mereka ini selesai.
Woah! Makin panas isu Zizan Razak dengan bekas pengurusnya Marina Juki. Kemelut di antara mereka semakin berpanjangan dan seakan tidak boleh menemui jalan penyelesaian secara baik. Apa-apa pun kalian pernah jatuh bangun bersama dan tidak mungkin seseorang artis itu dapat bangkit dengan sendiri tanpa pengurusan yang cekap bukan?