Gagal Bayar Tunggakan RM4.96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka, Jovian Apparel Disaman Pembekal

Trending

Gagal Bayar Tunggakan RM4.96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka, Jovian Apparel Disaman Pembekal

Jovian Apparel Sdn Bhd yang dimiliki oleh pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie dikhabarkan telah disaman oleh Iconic Medicare Bhd (IMED) baru-baru ini.

IMED yang kini merupakan penyumbang utama prestasi kewangan kumpulan itu telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Jovian pada 13 Mei lalu di Mahkamah Tinggu Pulau Pinang.

Advertisement

iconic

 

Nilai tunggakan berjuta

Menurut laporan, tuntutan tersebut adalah atas dakwaan bahawa Jovian tidak menjelaskan jumlah tertunggak berjumlah RM4.96 juta untuk pelitup muka yang dibekalkan IMED kepadanya.

Sebelum ini, Jovian Apparel bermula pada tahun 2012 dengan menjual pakaian ‘ready to wear’ atau Jovian RTW dan pada 2020 pelitup muka tersebut dilancarkan ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Berdasarkan tuntutan yang dibuat, IMED telah membekalkan pelitup muka yang direka khas mengikut spesifikasi dan pesanan di bawah jenama Jovian RTW.

jovian

Bagaimanapun, dakwa IMED, Jovian Apparel gagal membuat bayaran penuh untuk stok yang telah mereka hantar, dengan jumlah RM3.16 juta masih terhutang termasuklah caj gudang dan faedah.

Bukan itu sahaja, Jovian Apparel juga didakwa membuat tempahan baru untuk pelitup muka namun sehingga kini, syarikat itu dikatakan enggan menyediakan jadual penghantaran untuk produk tersebut.

Setakat 19 April 2024, nilai keseluruhan pelitup muka yang diabaikan berjumlah RM1.80 juta.

Walaupun pelbagai cubaan daripada plaintif (IMED) menuntut hutang tertunggak, defendan (Jovian Apparel) masih enggan atau lalai untuk membuat pembayaran kepada plaintif.

jovian tutup
8 months ago

“Support Us On Our Closing Down Clearance” - 17 Tahun Dalam Dunia Fesyen, Jovian Mandagie Umum Tutup Secara Rasmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...