Gagal Bayar Kos Peguam RM8,000, Aset Milik Caprice Disita

Kehidupan

Gagal Bayar Kos Peguam RM8,000, Aset Milik Caprice Disita

Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan penyitaan aset milik pempengaruh media sosial, Caprice, selepas beliau gagal membayar kos berjumlah RM8,000 kepada seorang ahli perniagaan dalam kes saman fitnah.

Writ penyitaan dan penjualan bertarikh 3 Disember 2025 dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Qasiratul Jannah Usmani Othman, susulan perintah mahkamah yang diperoleh oleh ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan, R Jeyenderan.

Advertisement

Jumlah terhutang itu merangkumi RM8,000 kos yang dianugerahkan melalui perintah mahkamah bertarikh 15 Oktober 2025, bersama alokatur berjumlah RM320 yang dikira sehingga 21 November tahun yang sama.

Writ tersebut membenarkan penyitaan dan, jika perlu, penjualan harta alih milik Caprice selaku defendan bagi melangsaikan hutang penghakiman berkenaan.

Peguam Muniandy Vestanathan dan Afiq Yahawa, yang mewakili Jeyenderan, mengesahkan bahawa dua bailif mahkamah telah cuba melaksanakan writ tersebut di kediaman Caprice di Mont Kiara sekitar jam 10 pagi hari ini, dengan kehadiran pengawal keselamatan kompleks pangsapuri terbabit.

Sebelum ini, pada 15 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Roslan Mat Nor, membenarkan permohonan Jeyenderan untuk mendapatkan injunksi inter-parte dalam saman fitnah terhadap Caprice dan memerintahkan pempengaruh itu membayar kos RM8,000 dalam tempoh dua minggu.

Caprice

Bagaimanapun, Caprice dilaporkan gagal menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Untuk rekod, Jeyenderan memfailkan saman tersebut pada 21 Julai 2025 dengan mendakwa Caprice memuat naik beberapa hantaran di Instagram pada 10 Julai tahun yang sama, termasuk gambar dan video yang dikatakan mengaitkan beliau dengan aktiviti jenayah, gangsterisme serta ugutan bersenjata tanpa bukti sahih.

Sehubungan itu, Jeyenderan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta bagi kerosakan reputasi, selain ganti rugi khas, am, teladan, kos serta apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-22 08:18:42

Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital - "Doktor Maklumkan Saya Alami..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...