Gagal Bayar Gaji Minimum Pekerja, 1,853 Tuntutan Terhadap Majikan Telah Difailkan

Trending

Gagal Bayar Gaji Minimum Pekerja, 1,853 Tuntutan Terhadap Majikan Telah Difailkan

Sejumlah 1,853 tuntutan buruh berhubung kegagalan majikan membayar gaji minimum telah difailkan setakat 31 Ogos lepas.

Advertisement

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abu Muttalib berkata pemeriksaan dijalankan Jabatan Tenaga Kerja mendapati 549 kes selesai dibicarakan di Mahkamah Buruh, manakala selebihnya masih dalam siasatan jabatan berkenaan.

“Sejumlah 112,057 majikan melaksanakan gaji minimum kepada pekerja selepas Perintah Gaji Minimum 2016 dikuatkuasakan pada 1 Julai lepas,” katanya lagi..

Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, berkuat kuasa mulai 1 Julai lepas.

Sumber : FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...