Padah tidak membayar cukai GST, hari ini nama jutawan kosmetik Nur Sajat terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Hadir ke mahkamah pagi tadi dengan pakaian serba merah, Sajat telah diarahkan untuk membayar denda RM 2,700 atas tiga kesalahan membabitkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Prosiding pendakwaan Sajat akan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pihak pendakwa.
Walaupun kes ini sudah mendapat perhatian ramai, pihak Sajat bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.