Tular baru-baru ini, sekumpulan pemuda bersenjatakan kayu besbol memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya pada Selasa lalu.
Walaubagaimanapun, menurut laporan Harian Metro lapan individu telah ditahan untuk membantu siasatan kes.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata semua suspek berusia 14 hingga 21 tahun ditahan di Kapar dan Klang.
Sial la gaduh sebab berebut perempuan dekat Pandamaran Klang. Macam tu je dia seret bawak pergi kat kereta pic.twitter.com/EqD86UtMBN
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 25, 2022
Selain itu, semua suspek mengaku terbabit dan siasatan dikatakan kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita yang juga pelajar sekolah.
Hoong Fong juga tidak menolak terdapat unsur dan pengaruh kongsi gelap kerana ada yang terlibat merupakan lepasan sekolah.
Semakan rekod juga mendapati dua daripada suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.
Suspek juga kini direman antara tiga hingga enam hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.