Anak merupakan anugerah daripada Tuhan tetapi sejak kebelakangan ini, kita sering kali dapat dengar ataupun lihat berita-berita mengenai anak kecil diperkosa oleh ibu bapa mereka sendiri.
Seperti yang terjadi di negara jiran, Indonesia baru-baru ini, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendedahkan dirinya menjadi pemuas nafsu bapa tirinya sejak empat tahun yang lalu.
Difahamkan daripada mangsa, kejadian mula berlaku pada tahun 2019 iaitu ketika dia berumur 12 tahun, di mana bapa tiri memaksa untuk tonton video porno bersama-sama.
Selepas kejadian tersebut, bapa tirinya semakin berani untuk meraba serta mencium gadis tersebut sewaktu mangsa berada dalam bilik air.
Kata gadis tersebut, ibu kandung mengetahui hal tersebut tetapi langsung tidak diendahkan dan disebabkan sudah tidak tahan, gadis itu memberitahu segalanya kepada bapa kandung.
Bapa kandung gadis tersebut sememangnya berasa terkejut kerana menganggap anak tercinta bahagia bersama ibu serta bapa tirinya.
Kini mangsa masih dalam keadaan trauma untuk menemui suspek dan bapa kandung mengambil tindakan dengan membawa anak perempuan duduk di kediamannya.