Gadis TikTok Jadi Penyanyi, Netizen Pertikai Kualiti Industri Muzik Tanah Air

Trending

Gadis TikTok Jadi Penyanyi, Netizen Pertikai Kualiti Industri Muzik Tanah Air

Bagi pengguna TikTok, anda pasti mengenali gadis popular, Suekhaizhar, yang mempunyai lebih 1 juta pengikut. Selain aksinya yang comel, Sue mendapat perhatian apabila sentiasa tersenyum ketika merakam video.

Terbaru, Sue khabarnya telah melancarkan single pertama bertajuk ‘Aku Budak Girl’ di bawah terbitan Zym Music.

Advertisement

Walaupun trending no 2 di Youtube dan mendapat lebih 1 juta tontonan, netizen menasihati gadis ini supaya melupakan hasrat untuk menjadi penyanyi.

Malah, di ruangan komen TikToknya sendiri, netizen mahu Sue untuk fokus kepada video di TikTok sahaja.

Selain feedback yang tidak menyenangkan, nyanyian gadis ini mendapat lebih banyak dislike daripada like. Rata-rata menyatakan pendapat industri muzik Malaysia perlu mementingkan bakat daripada populariti semata-mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...