Seorang gadis terkejut mendapati gambarnya yang dimuat naik ke media sosial telah dimuat naik ke kumpulan Telegram bertajuk ‘Gadis Melayu’ dan menjadi bahan perbualan lucah lelaki yang menyertai kumpulan Telegram tersebut.
Gadis itu menulis ciapan:
Sehubungan itu ada yang meminta gadis itu membuat laporan polis.
“Saya pernah kena dulu.”
Salah seorang pengguna Twitter mendakwa, terdapat juga kumpulan Telegram jenis premium menyebarkan gambar gadis-gadis dan mengenakan bayaran kepada mereka yang ingin menyertai.
“Kumpulan Telegram premium”
Ada yang berkata, bukan salah pakaian si gadis kerana lelaki yang gatal tetap akan melucah walaupun gadis memakai telekung.
“Jangankan telekung, pakai kain kapan pun terliur.”
Namun begitu, ada yang meminta gadis-gadis berhati-hati apabila memuat naik gambar ke media sosial.
Ada yang mempertahankan bahawa gambar yang dimuat naik gadis-gadis ke media sosial bukan untuk disimpan dan disebarkan.
“Bukan untuk anda semua simpan.”
Seorang pengguna Twitter lain pula mengibaratkan perbuatan menyimpan gambar gadis yang dimuat naik ke media sosial dengan dompet.
“Kena beringat.”
Memang benar masalah tidak akan timbul jika lelaki-lelaki ini tidak mengambil gambar gadis yang memuat naik ke media sosial dan disebarkan di kumpulan Telegram dengan niat tidak baik. Namun dalam dunia ini memang wujud lelaki psiko yang tidak peduli mengenai tuntutan agama dan prinsip moral walaupun mengetahuinya.
Bak kata Alfred dalam filem The Dark Knight (2008):
Sesetengah lelaki takkan menerima apa-apa nasihat. Sesetengah lelaki hanya ingin melihat dunia ini terbakar.
Jadi cara terbaik untuk mengelakkan menjadi mangsa ialah dengan membuat tindakan pencegahan dengan tidak memuat naik gambar ke media sosial, ataupun mengehadkan pengikut di media sosial kepada ahli keluarga dan rakan rapat sahaja. – amazingnara.com