Gadis Terbeli ‘Laksa Berkuah Surat Khabar’ Di Jalan Kebun

Trending

Gadis Terbeli ‘Laksa Berkuah Surat Khabar’ Di Jalan Kebun

Di zaman persekolahan, pasti anda semua pernah terdengar orang bercerita mengenai kuah laksa yang dicampurkan dengan tisu, kertas akhbar atau kotak oleh peniaga tidak beretika yang mahu kuah laksa yang dijual menjadi pekat. Namun tidak ada bukti kukuh amalan ini wujud, sehinggalah seorang pengguna Twitter mendedahkan dia telah ‘terbeli’ kuah laksa berisi tisu hancur.

Advertisement

“Tak tahu nak lapor pada pihak berkuasa atau tidak.”

“Mak yang perasan.”

Tweet beliau mendapat perhatian Netizen yang meminta dia mendedahkan saja peniaga tersebut supaya tidak menganiaya orang lain.

“Nak berniaga ke nak aniaya orang?”

“Nampak cebisan suratkhabar.”

Mengenai lokasi sebenar penjual laksa tersebut, pengguna Twitter itu mendakwa ia betul-betul di simpang empat Jalan Kebuh, di mana semua penjual ialah wanita dan menjual pelbagai kuih muih dan lauk pauk.

Bagi penulis, ini satu perbuatan khianat yang serius. Bayangkan jika yang makan mempunyai masalah usus, entah apa boleh berlaku jika makan laksa seperti ini. Berniagalah dengan ikhlas dan jujur. Orang lain pun boleh jual laksa dengan yang sedap dengan harga berpatutan tanpa perlu menggunakan taktik ini untuk memekatkan kuah laksa. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...