Koma 9 Bulan, Gadis Sedar Selepas Dengar Suara Francesco Totti

Trending

Koma 9 Bulan, Gadis Sedar Selepas Dengar Suara Francesco Totti

Tampil meluangkan masa melawat seorang gadis remaja, Ilenia Matilli, yang baru sedar daripada koma, nama bintang bola sepak terkemuka dunia, Francesco Totti mula disebut-sebut.

Gadis Sedar Daripada Koma 9 Bulan Selepas Dengar Suara Francesco Totti

Advertisement

Menurut laporan daripada Astro Awani, Matilli dikhabrakan terlantar selama sembilan bulan dan dilaporkan mula sedarkan diri secara beransur selepas mendengar suara Totti.

Dalam pada itu, ibu bapa Matilli juga sempat memaklumkan bahawa mereka sebelum ini meminta bantuan Totti untuk memberikan kata semangat buat anaknya itu.

Totti difahamkan memberi kata-kata semangat menerusi kiriman suara termasuk meminta remaja tersebut supaya tidak berputus asa dan terus bertahan.

Gadis Sedar Daripada Koma 9 Bulan Selepas Dengar Suara Francesco Totti

Rentetan itu, selepas sedar daripada koma, Matilli menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan bekas pemain antarabangsa Itali itu.

Lebih menggembirakan, hasratnya itu tercapai selepas Tooti tampil bertemunya dan sempat meluangkan masa beramah mesra ketika di hospital.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...