Gadis Seawal Umur 10 Tahun Berani Payung Tubuh Demi Wang Di Media Sosial

Kehidupan

Gadis Seawal Umur 10 Tahun Berani Payung Tubuh Demi Wang Di Media Sosial

Kepada ibu bapa di luar sana, pantaulah kegiatan anak perempuan anda yang sering menggunakan gajet seawal usia 10 tahun lagi.

Ini kerana kanak-kanak perempuan dari umur 10 hingga 14 tahun sekarang lebih cenderung memaparkan alat sulit mereka di media sosial untuk tatapan kaki lucah tanpa rasa malu.

Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, rata-rata kanak-kanak perempuan ini menggunakan aplikasi Bigo Live menurut Harian Metro.

Advertisement

kanak-kanak perempuan sering guna Bigo live

Kerana wang dari mata yang diperolehi, kanak-kanak perempuan sekarang sanggup paparkan alat sulit untuk penonton yang mahu menyaksikan perbuatan ala pornografi itu.

Pengerusi IKRAMTeens Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Mohd Fadhil Othman, berkata, tindakan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 14 tahun ‘menjual’ diri di beberapa aplikasi media sosial seperti Bigo Live, Instagram dan WeChat.

Hasilnya kami menemui kumpulan kanak-kanak yang ada antaranya semuda 10 tahun aktif bersiaran langsung di Bigo Live selama hampir lapan jam sehari pada hujung minggu.

“Amat menyedihkan apabila penampilan kanak-kanak ini berubah daripada berpakaian lengkap ketika mula bersiaran jam 8 malam menjadi pakaian ‘cukup syarat’ sekitar jam 2 hingga 4 pagi.

Kanak-kanak perempuan lebih memahami istilah seperti ‘sawer’ dan ‘payung’ bermaksud mereka diminta penonton untuk mendedahkan bahagian tubuh tertentu asalkan tidak berbogel demi meraih pendapatan.

Fadhil meminta ibu bapa lebih prihatin dan mengenepikan perasaan malu untuk berkongsi cerita berkaitan pendidikan seks dengan anak di peringkat sekolah rendah.

Apa pendapat anda tentang isu ini? kongsikan di ruangan komen kami.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...