Gadis Sabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Trending

Gadis Sabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Seorang gadis berusia 20 tahun dapat membayar denda yang dikenakan terhadapnya berjumlah RM 70,000 hasil kutipan derma dari orang  ramai.
Mengikut laporan Harian Metro, gadis itu, Nur Farahanis Ezzaty Adli, diperintahkan membayar denda itu pada September setelah mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen, Januari lalu.

Farahanis dikatakan belajar memasang pendakap gigi dari YouTube dan menawarkan khidmat memasang pendakap itu kepada orang ramai dengan bayaran serendah RM 300.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bukan itu saja, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, 10.15 malam, 25 Januari lalu.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda hingga RM300,000 atau penjara hingga enam tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguam bela Janariah Mustafa, merayu hukuman diringankan atas alasan insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

Saya pohon denda seminimum mungkin dan memohon mahkamah untuk melepaskan Orang Kena Saman (OKS) dengan Bon Berkelakuan Baik di bawah Seksyen 173A dan 294 Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Nurul Khairiyah Samsudin, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit, berikutan proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah selain kes berkenaan bukan pertama di Melaka dan Malaysia.

Selepas mendengar kedua-dua hujah dan rayuan, Norma memerintahkan tertuduh membayar denda RM70,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar.

Kisah itu tidak berakhir di sini. Seorang pengguna Twitter mendedahkan, bapa gadis itu, kemudiannya menganjurkan satu kutipan derma meminta orang ramai memberi serendah RM 1 untuk membayar denda tersebut, mendakwa anaknya yang juga dipanggil Nara, dianiaya pihak tertentu ‘untuk mengejar KPI dan pangkat dunia’.



Kes ini kini menjadi viral di Twitter kerana tindakan PPIM membantu bapa Nara mengutip derma dilihat sebagai tidak menyebelahi pihak pengguna yang dianiaya oleh Nara. Seorang pengguna Twitter berseloroh bahawa mungkin PPIM hanya melakukan seperti nama persatuan itu:


Farah Harith berpendapat, Nara sepatutnya dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tidak didenda.

Seorang pengguna Twitter menyifatkan kenyataan bapa Nara bahawa anaknya dianiaya dan tidak diberi peluang membela diri satu fitnah:

Menjalankan khidmat perubatan pergigian tanpa lesen ialah satu jenayah di semua negara bertamadun, dan tidak dapat dipastikan apa sebab sebenar PPIM membantu gadis ini sedangkan denda RM 70,000 itu dikenakan bersifat punitif untuk megelakkan orang lain dari melakukan kesalahan serupa.

Memang belum ada orang mati menggunakan perkhidmatan Nara, tetapi adakah kita nak menunggu ada orang mati untuk bertindak? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...