Seorang gadis berusia 20 tahun dapat membayar denda yang dikenakan terhadapnya berjumlah RM 70,000 hasil kutipan derma dari orang ramai.
Mengikut laporan Harian Metro, gadis itu, Nur Farahanis Ezzaty Adli, diperintahkan membayar denda itu pada September setelah mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen, Januari lalu.
Farahanis dikatakan belajar memasang pendakap gigi dari YouTube dan menawarkan khidmat memasang pendakap itu kepada orang ramai dengan bayaran serendah RM 300.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bukan itu saja, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, 10.15 malam, 25 Januari lalu.
Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda hingga RM300,000 atau penjara hingga enam tahun atau kedua-duanya.
Tertuduh yang diwakili peguam bela Janariah Mustafa, merayu hukuman diringankan atas alasan insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.
Saya pohon denda seminimum mungkin dan memohon mahkamah untuk melepaskan Orang Kena Saman (OKS) dengan Bon Berkelakuan Baik di bawah Seksyen 173A dan 294 Kanun Prosedur Jenayah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Nurul Khairiyah Samsudin, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit, berikutan proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah selain kes berkenaan bukan pertama di Melaka dan Malaysia.
Selepas mendengar kedua-dua hujah dan rayuan, Norma memerintahkan tertuduh membayar denda RM70,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar.
Kisah itu tidak berakhir di sini. Seorang pengguna Twitter mendedahkan, bapa gadis itu, kemudiannya menganjurkan satu kutipan derma meminta orang ramai memberi serendah RM 1 untuk membayar denda tersebut, mendakwa anaknya yang juga dipanggil Nara, dianiaya pihak tertentu ‘untuk mengejar KPI dan pangkat dunia’.
Bahayanya buat benda ni tanpa pakar dan orang yang bertauliah ialah risiko jangkitan dan mulut yang tak lawa (jangka panjang) pic.twitter.com/wf3FgKV7Z5
— AsfanXProofreader? (@arcx13) October 7, 2017
Dalam ayat crowdfunding tu siap tuduh @KKMPutrajaya nak cukupkan KPI dan mengejar pangkat
Iman tak dapat diwarisi, bodoh boleh.
— AsfanXProofreader? (@arcx13) October 7, 2017
Kalau anak aku buat benda tak semenggah macam ni, kena libas dengan pokok rambutan dah
Tapi bapak dia: “anak saya difitnah!”
— AsfanXProofreader? (@arcx13) October 7, 2017
Then sampai ke satu point, crowdfunding apak dia tak cukup. Tahu apa dia buat?
Dia minta bantuan PPIM. Pantas diorang kumpul, cukup 70k
— AsfanXProofreader? (@arcx13) October 7, 2017
Untuk yang tak tahu, PPIM ni watak penting la dalam drama memasukan Boy Iman ke penjara
Persatuan Pengguna Islam Malaysia katanya
— AsfanXProofreader? (@arcx13) October 7, 2017
Dalam kes Boy Iman, PPIM berada di pihak mangsa yang teraniaya dengan harga rumah murah
Dalam kes Nara, PPIM ada di pihak dia. Doktor tipu
— AsfanXProofreader? (@arcx13) October 7, 2017
Kes ini kini menjadi viral di Twitter kerana tindakan PPIM membantu bapa Nara mengutip derma dilihat sebagai tidak menyebelahi pihak pengguna yang dianiaya oleh Nara. Seorang pengguna Twitter berseloroh bahawa mungkin PPIM hanya melakukan seperti nama persatuan itu:
Not entirely wrong I suppose, since “Pengguna” Islam could also imply they’re a Persatuan of people who are Using Islam.
— hxsm (@hxsm) October 8, 2017
Farah Harith berpendapat, Nara sepatutnya dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tidak didenda.
Scares me that this Nara girl cant seem to fathom the simple fact that what she did was wrong and illegal. People like her love to pull the religion and Allah cards and insist they were wronged. Patutnya jail ja 6 bulan. No need denda.
— Farah Harith (@farahharith) October 7, 2017
Seorang pengguna Twitter menyifatkan kenyataan bapa Nara bahawa anaknya dianiaya dan tidak diberi peluang membela diri satu fitnah:
Biadap ya cakap dipenjarakan dgn zalim dan kejam tanpa pengadilan.bila ko mengaku salah je hakim akan bg ko atau peguam buat rayuan.jgn menipu nak tagih simpati boleh??? https://t.co/scj1gKrxo2
— Ailana (@johnnabes) October 7, 2017
Dlm mahkamah kami ada CRT @ Court Recording Transcription iaitu video yg merakam semua prosiding sblm hukuman dijatuhkan.bapa dia ni nasib baik je kalau hakim tu tak nak saman balik sbb fitnah dia
— Ailana (@johnnabes) October 7, 2017
Menjalankan khidmat perubatan pergigian tanpa lesen ialah satu jenayah di semua negara bertamadun, dan tidak dapat dipastikan apa sebab sebenar PPIM membantu gadis ini sedangkan denda RM 70,000 itu dikenakan bersifat punitif untuk megelakkan orang lain dari melakukan kesalahan serupa.
Memang belum ada orang mati menggunakan perkhidmatan Nara, tetapi adakah kita nak menunggu ada orang mati untuk bertindak? – amazingnara.com