Jodoh dan ajal semua itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita sebagai manusia tidak akan dapat menjangkakannya dan sama seperti seorang gadis bersama pasangannya ini apabila mereka mendirikan rumah tangga biarpun baru mengenali satu sama lain dalam tempoh sebulan.
Menurut wanita yang mesra dipanggil sebagai Eqa itu, sebelum menikahi suami itu, dia telah melalui fasa yang tidak ingin dilaluinya lagi iaitu putus cinta bersama bekas kekasih.
Akibat terlalu sedih dengan percintaan yang tidak jadi itu, Eqa akui dirinya menjadi ‘playgirl’ dan telah mengenali 10 orang lelaki dalam hanya tempoh dua bulan sahaja.
Dalam pada mengenali beberapa orang lelaki, Eqa turut tidak lupa untuk berdoa agar dipertemukan jodoh dan akhirnya jejaka yang kini sudah bergelar suaminya itu muncul dalam hidupnya setelah Eqa menegurnya melalui Instagram Story.
Tambahannya lagi ketika ditemu bual oleh pihak mStar, suaminya bernama Fiqri itu juga tidak terlalu kisah tentang cerita lampaunya mengenali 10 orang lelaki dalam masa yang sama.
Cerita jodoh wanita ini telah dikongsikan olehnya di platform TikTok dan video yang dimuat telah meraih hampir 500,000 tontonan daripada pengguna media sosial berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.