Apabila penjenayah melakukan jenayah dan membawa senjata, mereka sebenarnya berniat mempertahankan diri dengan senjata itu. Walaupun senjata yang dibawa hanya sebilah pisau, ia berpotensi membawa maut jika digunakan kepada seorang penguatkuasa undang-undang.
Dalam satu kejadian pada 23 November lepas di Komtar, Georgetown, Pulau Pinang, seorang lelaki ditembak mati kerana menyerang anggota polis dengan pisau. Polis telah mencuba meleraikan satu pergaduhan yang melibatkan lelaki itu, yang kemudiannya menyerang polis.
Bagaimanapun seorang gadis telah mempersoalkan tindakan polis menembak mati lelaki itu, kerana dia hanya menggunakan pisau.
Gadis itu mendakwa pegawai polis itu tidak tahu menggunakan seni pertahanan diri, disebabkan itu menggunakan pistol untuk menembak lelaki tersebut. Ia bagaimanapun disangkal seorang pengguna Twitter yang lain.
Pemuda itu menerangkan mengapa dia ‘tidak chill’ dengan tuduhan gadis itu:
Si mati ada 15 rekod jenayah
Ramai mempersoalkan pandangan gadis itu yang disifatkan kurang bijak
Gadis itu kini telah meletakkan akaun Twitternya ke mod privasi.
Ada kalanya kita fikir kita lebih tahu dari mereka yang terlatih untuk menguruskan situasi tegang yang boleh membawa maut.
Fikirkan dahulu, mungkin kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di media sosial.
Sumber: ALF