Gadis Perlarian Syria Di Kanada Bunuh Diri Kerana Tak Tahan Dibuli

Kehidupan

Gadis Perlarian Syria Di Kanada Bunuh Diri Kerana Tak Tahan Dibuli


Manjadi perlarian bukannya mudah, anda terpaksa keluar dari negara sendiri dengan pelbagai risiko untuk mencari penempatan baru yang lebih selamat dan selesa. Apabila perlarian sudah sampai ke negara yang dikatakan sangat aman, malahan lain jadinya.

Begitulah sebuah kisah yang amat menyedihkan untuk nasib seorang gadis kecil perlarian  Syria. Pergi meninggalkan bumi Syria bersama keluarga ke Kanada.

Advertisement

Dipetik dari TheMuslimVibe, Amal Alshteiwi’s 9 tahun telah mengambil nyawanya sendiri selepas 3 tahun menjadi pelarian di Kanada untuk mendapatkan kehidupan yang aman dan lebih baik tetapi ternyata di sekolahnya beliau telah di buli teruk tanpa ada perlindungan dan tindakan dari pihak sekolah.

Keluarga Amal telah menemui beliau pada 6 Mac di rumah mereka di Calgaray.

“Mereka membuli anak saya sepanjang waktu dengan memberitahu anak saya ‘awak sangat hodoh dan tak cantik’ Dua minggu sebelum beliau ingin berpindah ke sekolah yang lain, pelajar-pelajar di sekolah beri amaran kepadanya:

“Jika engkau berpindah sekolah sekalipon, pelajar dan cikgu-cikgu di sana tidak akan sayangkan kau. Pegi dan bunuh diri sahaja lah”, Nasra Abdulrahman, Mak Amal.

Keluarga mereka telah beberapa kali ke sekolah anaknya membuat laporan tetapi pihak sekolah tidak langsung mengambil tindakan dan memandang enteng akan kes ini.

Kanak-kanak perlarian Syria sering kali di buli di seluruh dunia di negara-negara yang mereka tinggal. Pada bulan Februari, dua gadis remaja Syria diserang di Berlin setelah seorang lelaki menjerit menghina kaum mereka  lalu menumbuk muka mereka.

Pada bulan Disember tahun lepas, seorang gadis remaja Syria di AS mengalami gegaran di bahagian kepala selepas dipukul oleh rakan sekelasnya di tandas sekolah dan pada November tahun lepas terdapat sebuah video viral yang mengerikan menunjukkan pelajar pelarian Syria dipukul menggunakan papan seluncur oleh rakan sekelas di UK .

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...