Gadis Pemandu Grab Cerita Pengalaman Mengejutkan Bawa Penumpang Warga Asing Miliki Pisau

Trending

Gadis Pemandu Grab Cerita Pengalaman Mengejutkan Bawa Penumpang Warga Asing Miliki Pisau


Aku nak kongsi sedikit kisah aku bawak Grab kena tahan polis bersama 3 orang warga asing yang membawa senjata.

Hari ni aku ada jemputan rumah terbuka dekat rumah kawan, jadi aku siap² la berbaju kurung bagai nak ke rumah terbuka.

Advertisement

Tapi sebelum tu aku bercadang nak buatlah Grab sementara ada masa kan. Kemudian aku pun keluar dari rumah, pergi isi minyak kemudian hidupkan aplikasi Grab.


Kemudian tugasan pertama masuk berdekatan dengan tempat aku tu. Aku ambil penumpang aku ni dekat Pusat Beli Belah Brem ke Apartmen Mutiara, Jalan Klang Lama.

Masa aku sampai tu, aku tak nampak penumpang. Aku telefon tak angkat tapi lepas tu dia muncul kemudian suruh aku tunggu sekejap lagi dua orang kawan dia, seorang lelaki seorang perempuan. Yang suruh aku tunggu ni lelaki.

Lepas mereka naik aku pun buka aplikasi Waze menuju destinasi yang akan memakan masa lebih kurang 26 minit. Tiba-tiba lagi 17 minit nak sampai destinasi kereta aku ditahan polis.. Polis yang tengah naik motosikal tu bagi isyarat suruh aku berhentikan kereta kat tepi. Aku pun dah naik cuak.

Aku cuak sebab takut aku kena tahan sebab bawa laju ke? Setahu aku, aku bawa biasa saja. Lepas aku berhenti dan turunkan tangkap nak bercakap dengan polis tu kemudian polis tu tanya aku ‘ Grab ke?’ aku pun jawab ‘ya kemudian mereka minta izin aku nak periksa penumpang.

Aku pun ya kan sajalah kemudian tunggu dalam kereta. Masa tu aku rasa biasa sajalah…tiba-tiba polis tu datang dekat aku cakap:

Mereka ni nak pergi mana?

Aku beritahu nak ke Apartmen Mutiara kemudian guess what. Polis tunjuk dekat aku sebilah pisau kemudian beritahu aku:

‘Tau tak apa ni cik, ni pisau!’

Aku nampak pisau tu terus berderau jantung aku laju.

Polis tu sambung lagi.

Ni mesti mereka nak cuba samun/bunuh cik ni, pengenalan diri apa pun tak ada, duit pun tak ada, ada pisau saja, polis jumpa pisau tu dekat poket seluar salah seorang dari mereka.

Kau rasa?

Aku memang dah nak menangis muka masa tu kemudian tangan aku menggeletar. Sejuk kaki tangan aku semua. Lepas itu polis tu tanya aku lagi:

Cik tak ada syak apa² ke? Berapa harga nak ke sana? Tau tak tu tempat apa?

Aku dalam keadaan panik ni, aku beritahu suara aku pun tergetar-getar.

Saya tak syak apa-apa pun, saya tak tahu. Ikut Waze saja.

Kemudian polis suruh aku, ikut dia pergi balai untuk buat laporan dan ambil kenyataan aku. Masa aku nak ikut tu, mereka yang warga asing tu naik kereta polis dan aku pula diiringi motosikal polis yang lain. Dah macam apa saja.

Sampai balai aku pun cerita la semua. Beri la kerjasama, kan? Semua polis macam tertumpu dekat aku. Yalah, dah la aku perempuan, dengan kes pemandu Grab yang dah mati tu lagi. Sambil tu mereka beri la nasihat dekat aku bagai.

Aku tengok muka tiga orang tadi tu aku rasa cuak. Tau tak mereka beri alasan dekat polis pisau tu mereka nak potong sayur, ayam bagai. Tapi bentuk pisau tu kalau kamu semua tengok, tak macam pisau untuk memasak tau, memang macam pisau nak bunuh orang. Seram saja aku rasa.

Lepas tu aku ingat dah habislah kes tu dekat situ, belum lagi. Kena pergi ke balai polis Sentul plak sebab kawasan Sentul la apa la. Kemudian kena tunggu pegawai siasatan jenayah dalaman plak soal siasat aku.

Aku ada tanya kenapa polis tiba-tiba nak tahan kereta aku? Mereka cakap, nampak ramai dalam kereta n muka mencurigakan. Mereka saja la nak periksa. Memang mereka tengah buat rondaan pun.

Kamu semua tau, polis beritahu, tempat Jalan Klang Lama tu dekat dengan hutan dan pedalaman. Kau rasa? Mana aku tak cuak weh.

Aku bersyukur sangat aku selamat dari musibah yang akan menimpa aku ni. Syukur Allah lindung aku. Serius aku rasa kalau tak ada sebab polis tu tahan aku dengan berbaki lagi beberapa belas minit nak sampai destinasi. Aku rasa aku mungkin tak selamat.

Ni aku bukan nak menunjuk ke apa, ya? Tapi aku cuma berpikiran positif saja terhadap ganjaran yang Allah beri.

Sebelum keluar nak buat Grab, aku buat Dhuha, doa la supaya aku murah rezeki ke, kan? Tapi aku bersyukur sebab aku terselamat, diberi nyawa panjang dan jauh dari musibah pun rezeki, kan?

Lagi satu, aku baru nampak hikmahnya kereta aku punya filem penapis haba dibuka. Untuk makluman sebelum ni kereta aku memang ada filem penapis haba dan filem penapis haba tu macam gelap, jadi masa kereta aku masuk PUSPAKOM, PUSPAKOM suruh buka filem penapis haba tu. aku macam sedih sedikit sebab aku pasang filem penapis haba tu dulu RM 350 rasanya.

Jadi aku ada sedikit la perasaan kecewa dan sedih cuma aku pasrah sajalah.

Sekarang aku nampak la hikmah filem penapis haba tu tak ada. Kalau tak mesti polis pun tak nampak siapa penumpang yang mencurigakan tu.

Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih sebab telah pun berusaha membanteras jenayah dan menyelamatkan aku. Eh, tiba-tiba. Siap belanja aku satu tin air lagi.

Lepas itu beri panduan aku ke sana sini lagi kan dan semestinya aku juga rasa terima kasih pada Allah sebab dah lindungi aku ni .#deep

###

Sumber: Cik JamNa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...