Seorang lelaki warga tempatan beruia 29 tahun telah ditahan pihak polis selepas disyaki memperkosa gadis orang Asli. Menurut laporan, suspek mengenali mangsa yang berusia 15 tahun berasal dari Cameron Highlands itu menerusi aplikasi cari jodoh.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Superintendan Azri Ramli berkata, mangsa telah membuat laporan awal pagi Jumaat mengenai kejadian rogol itu dan mendakwa suspek telah membawanya ke Kedah menaiki kereta.
Mangsa mendakwa suspek telah merogolnya sebanyak empat kali di dalam kereta di beberapa lokasi kemudian suspek meninggalkannya di sebuah lorong di Kedah.
Mangsa diselamatkan oleh orang ramai dan dibawa ke balai polis di negeri itu.
Tambah Azri, mangsa kemudian dibawa pulang ke Cameron Highlands untuk membuat laporan dan dirujuk ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Dua suspek telah ditahan polis pada Sabtu dan mendapati suspek pertama mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala suspek kedua mempunyai empat rekod dadah dan jenayah.
Setelah disoal siasat, suspek pertama mengaku merogol mangsa sebanyak empat kali di dalam kereta. Rakannya tiada bersama ketika kejadian, namun kedua-dua suspek pulang ke Cameron Highlands atas niat yang tidak diketahui dan ketika itu juga mereka ditahan.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.