Jika menghidu minyak gas tidak cukup berbahaya, temui seorang gadis yang minum minyak gas terus. Mengangkat bekas minyak gas berwarna merah di depan kamera, seorang gadis bernama Shannon mendemonstrasikan ketagihannya untuk minum minyak gas bagi program televisyen My Strange Addiction.


‘Rasa geli sedikit mula-mula, kemudian kerongkong saya rasa panas,’ kata Shannon bagi menerangkan hobi toksiknya itu, dan kini dia minum sehingga 12 sudu teh minyak gas setiap hari.
‘Walaupun sakit, tapi saya rasa sedap,’ katanya sama ada menjilat penutup bekas minyak gas atau minum terus dari bekas yang merupakan cara kegemarannya untuk menikmati minyak gas.
Ibu gadis ini pada mulanya tidak percaya tabiat anaknya sehingga dia terbau minyak gas pada nafas anaknya itu.
Pihak yang membuat rakaman My Strange Addiction menganggarkan untuk tahun ini saja, Shannon sudah minum lima gelen minyak gas.
Seorang pembaca Dailymail menyatakan dia seorang doktor dan menambah gadis itu pasti akan mati. ‘Benzen dalam minyak gas akan memusnahkan sum-sum tulangnya dan dia akan menjadi anemik dan mati secara perlahan. Dia juga akan mendapat kanser darah. Rawatan tidak akan membantu, walaupun mungkin akan memanjangkan hayatnya selama beberapa bulan dan rawatannya juga mahal kerana melibatkan pemangkin penghasilan darah dalam badan. Sukar dipercayai ibu bapa dan pihak berkuasa di tempatnya tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan perbuatannya.’
sambal belacan berapi
March 14, 2012 at 10:38 am
Gile ke ape minah ni.org cam die ni dok melepak minum beer tp die dok meneguk jus minyak.mangkuk hayun tol
Beautiful
March 14, 2012 at 8:14 am
loya tekak aku..doktor pn ckp akan mati secara perlahan. nasib la wei. muka da cantik, tp bengong. sekian.
ann
March 14, 2012 at 8:13 am
pergh.
budak ni psiko ni…
mak bapak pon boleh wat dek je.