Gadis Mengadu Ada Lipas Dalam Frappucino, Ini Reaksi Netizen

Trending

Gadis Mengadu Ada Lipas Dalam Frappucino, Ini Reaksi Netizen

Seorang pengguna Twitter mendakwa telah membeli minuman dari outlet Starbucks. Usai minum air Frappucino yang dipesan, dia mendakwa terjumpa lipas dalam bekas minuman tersebut.

Advertisement

Namun begitu, ia mendapat reaksi dari Netizen yang merasakan dakwaannya tidak logik.

“Eh, tak hancur ya?”

“Saya tak percaya!”

“Kalau aku, minum je. Mahal kot.”

“Hanya jawab bila Starbucks minta e-mel dan nombor telefon.”

“Kenapa tak buat aduan terus ke outlet masa jumpa lipas?”

“Mungkin lipas itu ada ilmu kebal.”

Betul juga kata mereka. Tak mungkin lipas itu akan berada dalam keadaan sempurna jika dia masuk ke dalam Frappucino yang dikisar sebelum diberi kepada pelanggan. Dan tidak mungkin juga Barista tidak nampak lipas dalam cawan plastik Starbucks sebelum menuangkan minuman yang siap dikisar.

Lebih aneh lagi apabila pengguna Twitter yang membuat dakwaan tersebut meletakkan akaun Twitter dalam mod privasi setelah dipersoal bertalu-talu oleh Netizen. Siapa tahu, lipas tersebut datang dari kereta sendiri? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...