“Gadis Melayu Yang Sebenar Jauh Lebih Cantik & Menawan Tanpa Contact Lenses Berwarna” – Idris Khan

Hiburan

“Gadis Melayu Yang Sebenar Jauh Lebih Cantik & Menawan Tanpa Contact Lenses Berwarna” – Idris Khan

Pelakon kacak, Idris Khan, baru-baru ini menarik perhatian netizen apabila berkongsi pandangan peribadi mengenai trend pemakaian kanta lekap berwarna dalam kalangan gadis Melayu.

Lagi cantik tanpa memakai kanta lekap

Dalam satu hantaran di Threads, Idris yang kini berusia 36 tahun, menegaskan dia tak berniat untuk menghakimi sesiapa, sebaliknya hanya menyuarakan pemerhatiannya sebagai lelaki dan individu biasa.

Advertisement

Sekadar berkongsi, jangan ada yang marah atau terasa. Tapi bagi saya, ada gadis Melayu yang sebenarnya kelihatan jauh lebih cantik dan menawan tanpa memakai contact lenses (kanta lekap) berwarna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)

Idris turut menyatakan bahawa kecantikan sebenar terpancar bila seseorang yakin dengan wajah dan diri sendiri tanpa terlalu bergantung pada aksesori kecantikan luaran.

Harap diterima dari sudut positif

Saya bukan jenis orang yang suka menghakimi, itu bukan karakter saya. Apa yang saya kongsi hanyalah pandangan ikhlas. Anda semua tetap cantik walau bagaimana sekali pun, cuma saya rasa lebih indah bila kecantikan asli itu dipelihara.

Tambahannya lagi, aktor tersebut berharap agar pandangannya itu diterima dari sudut yang positif dan diterima dengan hati terbuka.

fauziah nawi
2025-09-24 14:44:38

(VIDEO) Fauziah Nawi Pantang Dipanggil 'Makcik', Lebih Selesa Gelaran 'Auntie' - "Auntie Ada Style, Makcik Terbayang Orang Makan Sireh"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...