Gadis Kurang Upaya ‘Drive-Thru’ Di McD Curi Tumpuan Ramai

Trending

Gadis Kurang Upaya ‘Drive-Thru’ Di McD Curi Tumpuan Ramai

Seperti yang kita tahu, orang kurang upaya (OKU) adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera.

Orang kurang upaya (OKU) ini juga apabila berhadapan dengan pelbagai halangan, mereka mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Advertisement

3 years ago

Netizen Terkejut Jurubahasa Isyarat RTM Sebenarnya Bukan OKU

Namun begitu, golongan OKU ini adalah sebahagian daripada masyarakat kita juga. Mereka mempunyai hak yang sama seperti kita dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Golongan OKU bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam negara kita. Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap mereka kerana di sebalik kekurangan ada juga kelebihan di dalam diri mereka yang manusia normal tidak boleh lakukan.

Ramai yang sebak dan kagum lihat gadis ini pandu kereta menggunakan kaki ketika drive-thru untuk membeli McD

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada pengguna bernama norfarrahsyahirahshaari yang memaparkan seorang gadis OKU sedang memandu kereta menggunakan kaki.


Dalam perkongsian video tersebut, gadis itu dilihat sedang membayar di kaunter drive-thru McDonald’s lalu memandu ke kaunter seterusnya untuk mengambil makanan yang dipesan.

Apa yang mencuri perhatian ramai orang yang menonton video tersebut adalah apabila dia yang tidak mempunyai kedua belah tangan dilihat memandu keretanya menggunakan kaki selepas selesai membuat pembayaran.

Lebih mengagumkan lagi, dia tidak malu dan tetap nampak ceria walaupun dirinya kekurangan upaya. Ketabahan gadis itu untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain telah berjaya meraih perhatian dan menyentuh perasaan ramai orang.

“Hebatnya, saya yang cukup sifat ni pun tak pandai drive. Semoga Allah SWT permudahkan urusan awak”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah berjaya mendapat sebanyak 2.9 juta tontonan, 296.1 ribu tanda like dan 9.7 ribu komen. Rata-rata netizen berasa sangat kagum melihat ketabahan dan kehandalan gadis tersebut memandu kereta.

Ramai juga yang turut mendoakan gadis tersebut sentiasa dirahmati Allah SWT, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.

Gadis kurang upaya drive-thru mcd

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Gadis kurang upaya drive-thru mcd

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berseloroh sambil memujinya dengan mengatakan yang walaupun mereka dalam keadaan yang cukup sifat namun mereka tidak pandai untuk memandu kereta.

Apa-apa pun, kita kagum melihat kesungguhan dan ketabahan gadis OKU ini. Semoga apa yang ditunjukkan oleh gadis ini boleh jadi pengajaran buat kita sekaligus menjadi pembakar semangat buat golongan OKU yang lain diluar sana.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...