Gadis Kesal Dituduh Melayan, Kongsi Cerita Situasi Sebenar

Trending

Gadis Kesal Dituduh Melayan, Kongsi Cerita Situasi Sebenar

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial, satu berita tentang perlakuan tidak senonoh seorang lelaki berpakaian uniform tentera yang dipercayai telah mencabul seorang pekerja wanita di kedai vape.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Keramat, Ampang itu, mangsa yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun telah mendakwa suspek secara tiba-tiba memegang serta menjilat tangannya ketika mahu menukar dan menghisap pod vape.

Advertisement

Tentera Jilat Tangan Pekerja Wanita Ditahan
3 years ago

Tentera Jilat Tangan Pekerja Wanita Di Kedai Vape Ditahan

Tidak dinafikan, perkara tersebut semestinya meninggalkan kesan trauma kepada mangsa. Namun, agak sedih dan kecewa apabila ada sesetengah pihak serta netizen yang menuduh mangsa melayan tindakan lelaki itu kerana dia tidak melawan.

Mangsa bukan melayan tetapi alami serangan panik ketika kejadian berlaku

Mangsa walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan bertindak menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Menurut mangsa, dia mengalami serangan panik di mana tangannya menggeletar akibat ketakutan ketika kejadian.

Perkara tersebut dikongsikan mangsa menerusi story di laman Instagramnya sebelum diulang siar oleh pengguna laman TikTok bernama @cajaanee.

Mangsa mendakwa lagi, suspek sempat bertanyakan di mana tandas dan mengajaknya ke tandas bersama-sama sebelum beredar daripada kedai tersebut. Pada ketika itu, mangsa yang panik cuba menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan.

Gadis Nafi Dakwaan Melayan Tentera

Tangkap layar perkongsian tersebut – via TikTok

Jelas mangsa lagi, dia bersyukur kerana kamera litar tertutup (CCTV) dapat merakam perbuatan tidak senonoh yang dilakukan oleh suspek. Malah, dia turut menyertakan bukti rakaman di mana dia menangis teresak selepas suspek beredar daripada kedai tersebut.

Gadis Nafi Dakwaan Melayan Tentera

Tangkap layar perkongsian tersebut – via TikTok

“Aku tak mampu nak puaskan hati netizen. Kalau time tu phone connect dengan CCTV, mesti hampa boleh dengar suara aku teriak tersedu-sedu.”

Tambah mangsa lagi, dia tidak dapat memaafkan tuduhan serta dakwaan sesetengah pihak dan netizen kononnya dia sendiri yang rela diperlakukan sedemikian. Malah, dia juga memberitahu yang netizen boleh dengar suaranya menangis tersedu-sedu jika telefonnya connect dengan CCTV ketika kejadian berlaku.

Semalam, suspek yang berusia 26 tahun itu telah diberkas pada pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ampang Jaya. Siasatan lanjut berkenaan kes tersebut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cabul.

Apa-apa pun, budaya menyalahkan mangsa ini tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya, orang ramai hendaklah memberi sokongan moral kepada mangsa supaya mangsa mampu bangkit daripada episod hitam tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...