Menerusi rakaman yang tular di TikTok, wanita bernama Naila telah berkongsi video ketika sahabat baiknya bertanya tentang pekerjaannya ketika mereka keluar makan bersama.
Ketika berbual, dia ditanya tentang kerja yang dilakukan sekarang dan Naila berkata dia kini bekerja di sebuah kilang dan reaksi rakannya terus berubah.
Ha kilang? Bukan kau cita-cita nak jadi cikgu ke haritu? Kenapa kau tak jadi cikgu? Sebab kerja kilang orang kata biasa biasa je.
Rakannya itu terus bercakap dengan nada seperti memandang rendah terhadap pekerjaan di kilang malah turut menekankan bahawa bekerja di sektor kerajaan adalah lebih baik.
Kalau kerja cikgu, sekurang-kurangnya kau ada masa depan. Kau ada pencen. Kalau kilang, dah la penat. Bagi aku, kerja kilang ni biasa-biasa je.
@nailabiela Aku fikir banyak kali nak up atau tak! Tapi satu ja aku nak tanya hina ka aku kerja kilang? Aku betul² tak sangka, orang yang aku pernah anggap kawan baik.. yang kenal aku lama, yang pernah tahu struggle hidup aku.. boleh jadi orang yang paling awal judge kerja aku sekarang. Aku kerja halal, aku usaha sendiri dari kosong. Tak pernah minta sesen pun dari dia. Tapi bila aku pilih jalan yang tak ikut acuan ‘standard’.. tak kerja ofis, tak pakai baju korporat.. terus dipandang rendah. Ingatkan makin dewasa, makin matang cara fikir. Ingatkan bila umur bertambah, pemahaman dan empati pun ikut meningkat. Tapi rupanya umur tak jamin apa-apa. Kadang-kadang, orang yang paling lama kenal kita pun boleh jadi orang yang paling senang nilai hidup kita dari luar. Sedih tu bukan sebab orang luar cakap apa-apa… tapi sebab yang pandang rendah tu kawan sendiri. Yang aku pernah percaya takkan buat macam tu. Sekarang aku faham… tak semua orang akan gembira tengok kita cari haluan sendiri. Dan tak semua kawan akan kekal jadi penyokong bila cara hidup kita tak sama dengan dia. #foryou #beindependent #beyourself ♬ original sound – ☙
Abaikan kawan toksik
Hantaran itu meraih perhatian dan ramai netizen yang menyelar serta menghentam sahabatnya itu kerana memandang rendah terhadap orang yang bekerja di kilang.
Malah, sesetengah netizen berkata kerja kilang itu tidak semestinya bergaji rendah kerana sektor tersebut juga mempunyai staf yang berjawatan tinggi seperti jurutera.
Netizen juga turut mencadangkan Naila untuk tidak mengendahkan atau putuskan sahaja persahabatan dengan rakannya kerana bersikap toksik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.