Jika dulu, pasangan suami isteri yang sudah mendirikan rumah tangga mesti akan melalui situasi ini apabila menjelangnya tarikh perayaan Aidilfitri iaitu berbincang bersama pasangan untuk balik beraya di rumah ibu sendiri atau mertua dahulu. Tipu lah kalau anda tak pernah lalui situasi ini kan?
Kadangkala, ada pasangan yang sampai bergaduh untuk menentukan giliran pulang beraya. Bukan apa, masing-masing kalau boleh ingin menyambut hari perayaan dengan keluarga sendiri. Sukar dinafikan kerana itu sememangnya realiti yang perlu dilalui pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga bila menjelangnya perayaan Aidilfitri.
Namun begitu, sudah dua tahun tiada sambutan hari raya yang membolehkan kita untuk pulang ke kampung halaman sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Ramai yang terpaksa menerima hakikat untuk tidak pulang beraya dan hanya menyambutnya di rumah sendiri.
Rumah mak dan mertua gadis ini bersebelahan
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @hafizahaisyahnahar yang memaparkan gelagat seorang gadis berada di rumah mertuanya dan ingin pulang ke rumah maknya.
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan gadis itu keluar dari pagar rumah mertuanya bersama sebuah beg pakaian dan memegang bantal. Menurut gadis tersebut, dia ingin pulang ke rumah ibu bapanya sendiri.
Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila gadis itu kemudiannya berjalan kaki membawa beg dan bantalnya menuju ke rumah ibu bapanya yang hanya terletak di sebelah kediaman mertuanya.
Ini bermaksud, keluarga gadis tersebut dan mertuanya adalah jiran sebelah rumah. Secara tidak langsung, penonton dapat tahu yang gadis itu berkahwin dengan jirannya sendiri. Memang tak ada masalah lah antara gadis ini dengan suaminya untuk menentukan giliran balik raya kan?
“Ni bukan rentas negeri, rentas tembok je”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 800.5 ribu tontonan, 78.7 ribu tanda like dan 2.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat perkongsian video gadis tersebut.
Ramai juga berseloroh mengatakan yang gadis ini tiada masalah untuk pulang ke rumah maknya serta tidak perlu meminta suaminya menghantar pulang jika dia bergaduh dengan suaminya kerana dia boleh balik sendiri.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara