Gadis Ini Kongsikan Luahan Tak Terucap Buat Sahabatnya, “Rehat Secukupnya, Khasrul Haizal”

Trending

Gadis Ini Kongsikan Luahan Tak Terucap Buat Sahabatnya, “Rehat Secukupnya, Khasrul Haizal”

Untold Confession for you, Haizal.

Zal, kau yang kenalkan aku dengan dunia gaming. Sumpah aku kosong tentang gaming. Hari hari aku tanya kau tentang gaming. Tapi kau tak pernah mengeluh. Kau layan je.

Aku siap pergi program gaming. Nak tunjuk dekat kau yang aku pun minat benda yang sama. Jujur aku cakap mula mula aku minat main game sebab nak tarik perhatian kau. Tapi akhirnya benda tu jadi hobi, Zal. Setiap hari aku berlatih main sampai pagi.

Advertisement

 

Kau juga yang belikan aku game dekat Steam. Kau pun ada belanja aku game. Kau tak tahu betapa gembiranya aku masa itu.
Kau selalu cakap aku noob. Memang aku noob, Zal. Tahap noob aku tu main CSGO nak matikan bom pun tak tahu. Kau Ajar je. Tak pernah bosan. Kau yang ajar aku.
Jujur sebab gaming juga aku start suka kau. Aku tahu benda tu salah, tapi aku tak mampu tipu diri sendiri.

Ulangtahun kelahiran kau tahun lepas, aku tipu kau, Zal. Aku belikan gaming mopusepad untuk kau tapi aku cakap aku salah beli dan aku bagi dekat kau macam tu saja. Kau gembira sangat masa itu.

Kau selalu marah aku sebab aku selalu belikan kau coklat. Ya, memang aku yang letak semua coklat tu bawah meja kau. Dan kau tahu tu. Aku selalu bagi kau makanan dan kau persoalkan benda tu.

Aku tak nak kau lapar, Zal. Itu saja.

Aku juga yang selalu kemas barang kau bawah meja masa kau tak ada dalam kelas. Aku taknak cikgu marah tengok bawah meja kau bersepah.

Zal, ingat tak? Kau dengan Nisa pernah borak yang kau rindu nak makan cendol dekat TTDI kawasan sekolah kau berdua?

Aku tipu yang aku nak cuba makan cendol tu padahal nak tengok kau makan saja.

Kau hampir tolak ajakan aku tapi aku paksa dan kita semua makan sama-sama masa itu.

Kau juga yang tolong aku masa kereta aku rosak. Setiap kali kereta rosak, orang pertama yang aku telefon mesti kau. Terima kasih, Zal.

Ingat tak, waktu aku cuba diet? Kau tegur aku? Kau cakap:

“Kawasan rumah kau kan ada taman? Setiap hari pusing la taman tu.”

Zal, tahu tak kau sumber kekuatan aku nak kurus? Sebab kau juga aku berat aku turun lebih dari 30 kg. Kau perasan perubahan tu dan kau tegur aku.

Kau tahu betapa gembiranya aku masa tu?. Kita selalu kongsi macam-macam. Whatsapp sampai malam. Kau pun cakap aku saja yang WhatsApp kau selalu. Kau juga jaga rahsia kita sampai kau tutup mata dulu.

Aku tahu aku tak kenal kau lama. Aku tak rapat dengan kau macam kau rapat dengan orang lain. Tapi kau kena tahu, ada ruang istimewa dalam hati aku untuk kau dan tak ada siapa yang boleh dapat tempat tu.


Aku tahu bukan aku seorang yang sayang kau. Aku tahu bukan aku seorang yang menaruh harapan dekat kau. Kau tahu semua tu, tapi kau layan semua sama rata sebab kau tak nak yang lain rasa berbeza. Kau betul-betul hebat Zal.

Hah, aku jual telefon aku dengan kau pun sebab kau nak telefon tu. Aku siap minta ayah kurangkan harga telefon tu. Bila akhir kita jumpa, aku tengok kau jaga telefon tu. Kau pun masih pakai penutup telefon aku tu.

Zal, tahu tak benda paling bodoh aku pernah buat? Aku pernah belanja satu kelas Kitkat sebab nak bagi kau seorang saja. Aku takut kau rasa lain. So, aku rahsiakan benda tu dengan bagi Kitkat dekat satu kelas.

Banyak benda lagi yang tak mampu nak cakap. Cukup ini saja aku mampu luah. Aku tak kuat nak cerita semuanya.

Zal, kau tetap dalam ingatan semua orang.

Rehat secukupnya, Khasrul Haizal.

Tenanglah kau disana, Zal. Jaga adik kau elok – elok okey. Inshaallah. kita akan jumpa lagi.

Sumber: @yeppocactus

Nota: Menurut rakannya, Khasrul Haizal meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan, semalam. Al-Fatihah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...