Gadis Ini Dipuji Kerana Bertenang Walau Diganggu Makhluk Ghaib

Trending

Gadis Ini Dipuji Kerana Bertenang Walau Diganggu Makhluk Ghaib

Ramai orang merasa takut pada sesuatu yang tidak dapat dilihat. Kalau penulis sendiri yang terkena pastilah dapat terdengar sendiri bunyi degupan jantung yang terlalu laju kerana terlalu takut.

Namun seorang gadis memuat naik di Instagram Story peristiwa dia diganggu di rumah sewa oleh sesuatu yang tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar.

Advertisement

Mungkin kerana sudah malas, dia dilihat berlawak mengenai gangguan yang diterima, mungkin juga kerana tidak mahu terlalu stres.


Dan bukan malam itu saja dia diganggu. Dia juga diganggu malam seterusnya. Yang lebih menakutkan, hanya dia seorang diri di rumah tersebut kerana semua rakan sudah balik ke rumah ibu bapa masing-masing kerana cuti Aidiladha.

Antara gangguan yang diterima ialah bunyi orang berjalan di luar bilik, bunyi pinggan mangkuk dihempas di dapur serta pintu bilik diketuk berkali-kali.

Menurut rakan gadis yang mengalami gangguan tersebut, dia kini demam dan mengalu-alukan jika ada pihak yang boleh membantu.

Menurutnya, semua rakan serumahnya berbangsa cina, hanya dia dan rakan sebilik berbangsa Melayu di rumah sewa yang terletak di Bukit Beruang, Melaka.

Dia masih berada di rumah ketika semua orang bercuti kerana ingin mengulangkaji untuk peperiksaannya.

Apa pun, semoga bertabah dan berzikir banyak sementara menanti bantuan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...