Sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata menjadi isu besar yang sehingga hari ini masih belum ada jalan penyelesaiannya. Kenapa ia sukar untuk dibendung? Kerana ia bergantung kepada sifat seseorang manusia itu.
Mereka tidak sedar sikap mereka itu boleh menyebabkan kawasan persekitaran tercemar, mengganggu kesihatan penduduk dan turut mencacatkan lagi pemandangan sekeliling.
Keadaan di kawasan tersebut tidak dinafikan begitu kotor sekali dan sejujurnya agak menjijikkan.
Semua jenis sampah dibuang ke dalam laut, perkara biasa penduduk
Air laut dahulunya jernih tetapi sekarang penuh dengan sampah menjijikkan
Bukan mudah untuk mengubah mentaliti manusia
Kami tidak dapat bayangkan bagaimana penduduk kampung boleh tinggal di dalam kawasan yang dipenuhi sampah sebegitu. Adakah benar tong sampah tidak disediakan? Mungkin pendedahan ini boleh membuka mata pihak bertanggungjawab untuk turun padang dan cuba menangani masalah tersebut.