Gadis Ini Dapat iPhone 11 Dari Kawan Baik Lelaki Selepas Mengadu Skrin Telefon Retak

Kehidupan

Gadis Ini Dapat iPhone 11 Dari Kawan Baik Lelaki Selepas Mengadu Skrin Telefon Retak

Jika telefon kita rosak, adakah kawan-kawan kita rela membantu dengan membelikan telefon baru untuk kita? ianya agak mustahil untuk dilakukan kerana harga telefon sangat mahal pada zaman sekarang.

Ini yang terjadi kepada fatnnajhah_ apabila beliau terjatuhkan telefonnya sehingga skrin retak menyebabkan teman baiknya membelikan iPhone 11 sejurus diberitahu olehnya.

Advertisement

Beruntungnya mempunyai seorang kawan baik lelaki yang rela belikan iPhone 11 pada hari itu juga. Perkongsian yang dibuat oleh gadis ini tular di media sosial membuatkan ramai netizen cemburu dengannya kerana mempunyai kawan lelaki yang baik hati.

Advertisement

Menurut Mstar, beliau sangat terharu dengan sahabat baiknya itu di atas pertolongan yang diberikan tempoh hari.

telefon retak

Masa saya jalan-jalan dekat mall, telefon di tangan saya terjatuh, skrin retak. Saya mesej Faz bagitahu dia apa yang jadi.

Dia kata on the way. Lepas tu dia beli iPhone 11. Saya tak minta dia beli, tapi dia paksa saya ambil.

Saya rasa tarharu sebab kawan sanggup buat macam tu.

dekat One Utama

Menurut gadis ini, beliau sudah berkawan baik dengan lelaki itu lebih dari 5 tahun.

gadis ini

Kami dah berkawan lama, dan banyak harungi pelbagai perkara bersama-sama.

Advertisement

Rata-rata netizen yang melihat Twitter ini mahu lelaki ini membelikan telefon baru buat mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga beranggapan bahawa kawan baiknya itu adalah teman lelakinya.

Tetapi gadis ini memberitahu bahawa mereka hanya berkawan baik sahaja.

Adakah seorang lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk seorang wanita walaupun hanya berkawan baik?

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...