Penggunaan tali keselamatan anak kini semakin meluas dipraktikkan oleh ibu bapa moden. Ini ialah kerana ia penting terutamanya apabila membawa anak keluar berjalan untuk rekreasi dan membeli-belah contohnya. Bukan saja di Malaysia, di negara-negara lain ia juga digunakan untuk memastikan keselamatan anak agar tidak hilang.
Namun begitu, ada antara Netizen yang berpendapat tali ini tidak harus digunakan kerana ia seperti membawa ‘binatang’ dan ‘nampak tidak elok di mata’.

Tweet @finiarshad dibalas oleh Netizen yang berpendapat tweet itu tidak berasas kerana zaman kini, cabaran untuk menjaga anak-anak adalah lebih besar. Tanpa tali keselamatan, risiko untuk anak anda hilang di celah-celah pergerakan manusia ketika keluar rumah adalah lebih tinggi.



Bagaimanapun, ada yang berpendapat @finiarshad tidak sepatutnya diambil serius kerana dia sendiri belum berkahwin dan mempunyai anak.
70% yang beri nasihat “sebagai mak bapak…” dan punyai views paling hebat how to be a parent adalah single, unmarried people.
— Syed Azman (@sazman1220) December 29, 2016
Aku paling suka dgr org tak kahwin lagi ckp pasal anak.
"Nanti aku jd mak,aku takkan buat camtu."
HAHAHAHAHA U GONNA GET F****D GOOD
— Imam Muda Nabil (@NabilHussein) December 29, 2016
Takkan nak dukung kesemua sekali, ya tak? Apa pendapat anda? –amazingnara.com