Gadis Ini Berkelulusan Diploma Namun Berani Jadi Penjual Ikan Sepenuh Masa. Kagum!

Trending

Gadis Ini Berkelulusan Diploma Namun Berani Jadi Penjual Ikan Sepenuh Masa. Kagum!

“Ikan baru! ikan baru! ikan baru!, bukan ikan bela tapi ikan sungai punya, mai beli buleh buat masak lemak, masak tempoyak, sedap buat gulai, sedap buat bakar-bakar cicah air asam,” kedengaran suara kecil memanggil-memanggil orang ramai di pasar malam Lunas, Kedah.

Advertisement

Siapa sangka suara si cantik manis ini atau lebih mesra dipanggil ,Ikin, gadis cantik molek yang sedang memanggil orang ramai membeli ikan yang diniagakannya di pasar malam berkenaan.

Ikin, pemegang Diploma Pemasaran dari Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim ini menyatakan dia begitu gembira dengan kerjanya menjual ikan air tawar ini.

Antara ikan yang diniagakannya adalah Ikan Lampam, Ikan Puyu, Ikan Talapia, Ikan Selat dan pelbagai lagi ikan air tawar, bergantung kepada keadaan cuaca.

Minatnya berniaga ini adalah impiannya sejak kecil lagi selepas selalu mengikuti ayahnya yang juga merupakan peniaga ikan di pasar malam.

“Saya pernah ditawarkan kerja di bahagian pengurusan di sebuah kilang di Kulim selepas tamat pengajian peringkat Diploma, saya hanya bekerja sekejap saja disebabkan faktor suasana tempat kerja yang tidak berapa sesuai.”

“Lepas itu saya telah membuat keputusan untuk berniaga ikan di pasar malam sepenuh masa, saya gembira dengan kerja ini kerana ianya fleksibel, tidak terikat dengan apa-apa kekangan seperti kerja makan gaji,” katanya yang mengakui untung berniaga lebih tinggi dari pendapatan makan gaji.

Selain berniaga ikan, Ikin juga turut menjalankan perniagaan makanan ringan melalui laman sosial di mana turut mengiklankan jeruk asam boi dan ikan pekasam yang dihasilkan oleh keluarganya.

Pesan Ikin kepada graduan diluar sana, janganlah malu untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun nampak tidak ‘standard’ di mata orang, tetapi dipandang mulia disisi Allah.

“Jika belum dapat apa-apa kerja, mulakn diri dgn berniaga kecil-kecilan, belajar berniaga dengan niat menuntut ilmu, insyaAllah memang tidak akan rugi bila berniaga,”

“Janganlah malu, nak senang maka berniagalah, sesungguhanya berniaga ini adalah pekerjaan sunnah rasulullah S.A.W,” jelasnya.

Kredit : Nur Ashikin binti Mohd Khalid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...