Adui. Macam-macam lah dunia sekarang ini. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk secebis kepopularitian di sosial media, termasuklah menipu, memfitnah dan mereka-reka cerita. Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Seorang gadis terpaksa membuat pengakuan bahawa dia telah memfitnah Mcdonalds menjual ayam goreng berulat setelah penipuannya itu dikantoikan. Memang padan muka!
Beberapa hari yang lalu, pengguna twitter @rabbykrabby telah memuat naik gambar ayam goreng di sebuah restoran makan segera McDonalds di mana ayam tersebut telah berulat. Sudah pasti perkara ini menarik perhatian pihak McDonalds untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan dengan menghubunginya.
Memang kalau tengok gambar yang dikongsikan pun geli tekat dibuatnya.
Namun semalam, gadis ini telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui ayam goreng tersebut telah dibeli beberapa hari yang lalu dan disimpan di rumahnya. Cis!
Pada 20 September 2020, saya ada membuat kenyataan melalui akaun laman Twitter saya “Arabella – rabbykrabby” dimana saya telah membuat dakwaan secara tersurat atau tersirat bahawa McDonald’s Malaysia menyajikan produk Ayam Goreng McD
— arabella (@rabbykrabby) September 24, 2020
yang telah tamat tempoh untuk dimakan, kotor, busuk, penuh berulat, tidak selamat dan merbahaya kepada kesihatan pelanggan-pelanggannya. Kenyataan di laman Twitter saya tersebut telah menjadi viral dan disiar-ulang melalui laman-laman sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twitter
— arabella (@rabbykrabby) September 24, 2020
dan juga oleh media-media online serta blog-blog tertentu.
Saya mengesahkan bahawa kenyataan saya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa oleh saya. Pada hakikatnya, Ayam Goreng McD yang saya paparkan dalam siaran Twitter saya tersebut telah dibeli
— arabella (@rabbykrabby) September 24, 2020
dan disimpan di rumah saya beberapa hari sebelum itu. Oleh itu, ianya telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar.
Dengan ini, SAYA MEMOHON MAAF KEPADA PIHAK MCDONALD’S MALAYSIA kerana membuat dakwaan-dakwaan
— arabella (@rabbykrabby) September 24, 2020
yang palsu dan bersifat memfitnah berkenaan produk-produk McDonald’s. Saya sedar bahawa kenyataan saya tersebut telah mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan reputasi dan perniagaan McDonald’s Malaysia.
— arabella (@rabbykrabby) September 24, 2020
Saya menyesali tindakan saya dan saya berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan saya ini. Saya juga meminta kepada semua yang telah menerima dan menyebarkan siaran Twitter saya tersebut untuk dengan segera memadam dan tidak lagi mengulangsiarkannya.
— arabella (@rabbykrabby) September 24, 2020
Akan tetapi permohonan maaf gadis ini telah menimbulkan kemarahan pada netizen yang menyelar tindakannya sengaja membuat cerita semata-mata untuk menjadi viral. Malah ada yang membuat tanggapan permohonan maaf ini dilakukan kerana takut disaman oleh McDonalds, bukannya dibuat secara sukarela. Apa pun jadikanlah tragedi ini satu pengajaran. Janganlah nak femes sanggup buat cerita dongeng. Nanti kantoi kita yang malu. Tak gitu?