Seorang gadis dikatakan telah mengedit satu resit bagi tujuan memperdayakan seorang peniaga online untuk menghantar tiga helai pakaian kepadanya.
Dalam satu status viral, laman Facebook Insyirah.cm memuat naik beberapa screenshot perbualan dengan gadis itu yang kononnya telah memasukkan wang tunai RM 140 ke akaun bank insyirah.cm untuk membeli pakaian tersebut.

Bagaimanapun, pemilik insyirah.cm mendapati bank tidak merekodkan transaksi itu, melalui semakan di portal Maybank2u, sedangkan insyrah.cm telah mengepos tiga helai pakaian tersebut.
Gadis itu memberi alasan seorang saudaranya telah membuat bank-in tersebut, dan akan bertanya pada saudaranya.
Namun begitu, insyirah.cm kemudian menyedari resit yang diberikan oleh gadis itu telah disunting untuk memberi ilusi bahawa deposit tunai sebanyak RM 140 telah dibuat ke akaun banknya.
Gadis itu bagaimanapun telah menyekat akaun Facebook insyirah.cm dari menghubunginya.
Ada yang memberi cadangan bagi Insyirah.cm menelefon Poslaju untuk membatalkan penghantaran parsel tersebut tetapi insyirah.com memberitahu Poslaju tidak menjawab panggilan.
Insyirah.cm telah cuba untuk mendapatkan identiti gadis itu berdasarkan nama penerima parsel poslaju dengan bantuan Netizen.
Apa yang boleh dikatakan, janganlah memperdaya orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Jika hendak pakai baju cantik, bekerjalah untuk membiayai perasaan ingin bergaya cantik itu.
Jika tidak mampu, pakailah apa saja yang ada. –amazingnara.com
Sumber: Insyirah.cm