Seorang gadis menerima kecaman hebat di Twitter kerana memberi komen pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka yang baru pulang dari luar negara ‘kelihatan seperti penjara’.
Kalau anda dari luar negara dan pulang ke Malaysia di musim COVID-19 ini, anda akan ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari yang terletak di AKEPT, Nilai.
Nak lihat keadaan tempat ini?
Thread. pic.twitter.com/1fHe2hpLyG
— Pemburu Tiket Murah (@pmbrutiketmurah) April 3, 2020
“Pusat kuarantin nampak macam penjara.”
Dia bagaimanapun kemudiannya ditempatkan untuk dikuarantin 14 hari di sebuah hotel lima bintang dan memuat naik pengalamannya kuarantin di hotel itu.
Sebaik saja ditempatkan di sebuah bilik hotel lima bintang, gadis itu telah berkongsi gambar keadaan dalam biliknya, menyebabkan dia menerima kritikan.
“Nak lihat kedaaan pusat kuarantin lima bintang?”
“Cari penyakit lepas tu nak duduk sedap-sedap.”
“Duduk percuma lepas tu nak tayang pula.”
Ada juga yang mempersoalkan mengapa gadis itu boleh dikuarantin di hotel lima bintang menggunakan wang cukai yang dibayar rakyat sedangkan dia mengembara saat wabak sedang tersebar dan tahu akibatnya.
Ada yang menyatakan, dia sepatutnya tinggal di AKEPT dan jika mahu naik taraf pusat kuarantin kepada hotel lima bintang, dia perlu membayar kerana ia satu hak istimewa yang bukan sepatutnya percuma.
Ramai mengharapkan gadis ini diletakkan sahaja di AKEPT, Nilai kerana dia bukan istimewa berbanding orang lain. Dan juga ada yang mencadangkan dia dikuarantin bersama gelandangan.
Yang kuarantin kat Hilton tu elok kuarantin kat sini sepatutnya. https://t.co/SesOVwxE3N
— anep (@hanifjamals) April 7, 2020
“Hanya sebahagian ditanggung kerajaan.”
Namun begitu, ada juga yang memaklumkan, untuk dikuarantin di bilik hotel selain dari disediakan kerajaan, individu perlu membayar lebih walaupun sebahagian ditanggung kerajaan mengikut bajet yang ditetapkan.
Warganet menyatakan, untuk mengembara saat wabak sedang tersebar merupakan keputusannya sendiri serta merisikokan diri dan orang lain hanya untuk mengembara bagi tujuan mengisi masa lapang. Dan kini, orang ramai terpaksa menanggung perbelanjaan kuarantin dirinya di hotel lima bintang pula.
Apa pendapat anda? – amazingnara.com