Bayangkan perasaan apabila mendapat khabar berita pemergian bapa tersayang hanya beberapa minit sebelum naik pentas menerima skrol pada hari graduasi.
Itulah yang dilalui seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang tular semalam dan mengundang rasa sebak warganet di media sosial.
Haslina Kalang, 23, berasal dari Tawau, Sabah dan ketika sedang menunggu giliran untuk menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dia mendapat khabar duka kematian bapanya, 15 minit sebelum naik ke pentas.
Ada call ibu tapi….
Kata Haslina, dia ada menghubungi ibunya, Kurnati Iskandar sebelum masuk dewan untuk bertanya keadaan bapanya, Kalang Tona, 56, namun tidak sempat bercakap kerana bapanya sedang mandi.
Ketika berada dalam dewan dan kira-kira 15 minit giliran naik ke pentas, saya menerima panggilan daripada jiran memaklumkan bapa sudah meninggal dunia.
@uniszaedumyKhabar duka 15 minit sebelum terima skrol Kuala Nerus: Kegembiraan seorang graduan untuk menerima skrol di majlis konvokesyen menjadi hiba apabila mendapat berita kematian bapa tercinta 15 minit sebelum naik ke pentas. Haslina Kalang, 23, menerima panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ketika sewaktu di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, hari ini. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), ketika ditemui berkata dia sememangnya berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini kerana risau dengan bapanya yang mempunyai sakit stroke. “Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah” “Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik. Haslina berkata, selepas tamat belajar di menjaga ayahnya sepenuh masa dan belum bekerja dimana-mana tempat. “Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini” katanya. Haslina tiba di Terengganu dua hari lepas dan ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini. Sementara itu, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini. Haslina sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini. Salam takziah dari seluruh Warga UniSZA.♬ original sound – UniSZA
Haslina mengakui keberatan untuk ke Terengganu namun bapanya meminta untuk dia menghadiri konvokesyen tersebut.
Malangnya, dia tidak sempat berkongsi rasa gembira dan menunjukkan skrol tersebut kepada bapanya namun difahamkan pihak UniSZA telah membiayai kos penerbangan Haslina ke Tawau.
Bapa diserang angin ahmar pada tahun lalu, namun sejak kebelakangan ini kesihatannya sedikit merosot kerana sering terjaga pada waktu tengah malam dan sukar tidur.